|
27 April 2026, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) sebagai menghayati True North UPM yang ditekankan dalam perutusan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Ir. Ahmad Farhan agar warga UPM memberikan perkhidmatan melangkaui jangkaan. Justeru, program JJKA diteruskan lagi untuk tahun 2026 di mana Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE) telah terpilih sebagai lokasi persinggahan program ‘outreach’ CQA yang telah diadakan pada 27 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat SBE. Program jerayawara di SBE telah disertai oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B, P.A. (Pengarah), Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik), Cik Aidawati (Ketua Seksyen Audit Institusi), Puan Shaerin Azlin (Ketua Seksyen Audit Program), Puan Rahmawati (Ketua Seksyen Data Program) bersama 3 orang Staf Pelaksana. Turut serta adalah Prof. Madya Dr. John Keen Chubo (Felo Bersekutu CQA), pensyarah Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Sarawak. Program JJKA dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Dekan Jaringan Industri Dan Masyarakat, Prof. Madya Dr. Rozanah Ab Rahman dan disusuli dengan taklimat oleh Pengarah CQA, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah. Program JJKA telah dihadiri seramai 32 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Pentadbir Akademik. Sejurus selepas taklimat, Sesi Bersama Pemilik Program telah diadakan di lokasi yang sama melibatkan pensyarah daripada empat buah jabatan untuk mengemukakan pertanyaan soalan berkaitan akreditasi dan mendapatkan pencerahan dalam memastikan program mematuhi keperluan standard yang ditetapkan. Program yang bermula jam 9 pagi telah berakhir pada jam 12.30 tengah hari. |
![]() |
||
| Berita ditulis oleh | : Aidawati Ramali | Seksyen Audit Institusi | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 07/06/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor