Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik @ Fakulti Pertanian | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik @ Fakulti Pertanian

Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik @ Fakulti Pertanian

 

10 April 2026, Serdang  - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) sebagai menghayati True North UPM yang ditekankan dalam perutusan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Ir. Ahmad Farhan agar warga UPM memberikan perkhidmatan melangkaui jangkaan. Justeru, program JJKA diteruskan lagi untuk tahun 2026 di mana Fakulti Pertanian (FP) telah terpilih sebagai lokasi persinggahan program ‘outreach’ CQA yang telah diadakan pada 10 April 2026 bertempat di Dewan Pertanian, FP.

Program jerayawara di Fakulti Pertanian telah disertai oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, K.B, P.A. (Pengarah), Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik), Cik Aidawati (Ketua Seksyen Audit Institusi), Puan Shaerin Azlin (Ketua Seksyen Audit Program), Puan Rahmawati (Ketua Seksyen Data Program) bersama 3 orang Staf Pelaksana.

Program JJKA dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dekan FP, Prof. Dr. Loh Teck Chwen dan disusuli dengan taklimat oleh Pengarah CQA, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah. Program JJKA telah dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Pentadbir Akademik.

Sejurus selepas taklimat, Sesi Bersama Pemilik Program telah diadakan di lokasi yang sama melibatkan pensyarah daripada tujuh buah jabatan untuk mengemukakan pertanyaan soalan berkaitan akreditasi dan mendapatkan pencerahan dalam memastikan program mematuhi keperluan standard yang ditetapkan. Program yang bermula jam 9 pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Aidawati Ramali   |  Seksyen Audit Institusi  |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 07/06/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (07:12:07am-07:17:07am, 12 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]