Hari Kualiti Dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2022

 

6 Disember 2022, Serdang - Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan buat kali kelapan pada

6 Disember 2022 (Selasa) lepas bertempat di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM dan turut disiarkan secara siaran

langsung melalui Facebook Live UPM. Penganjuran HKIP pada tahun ini yang bertemakan “Terokai Keterbatasan, Terajui Penciptaan” merupakan penganjuran pertama

selepas dua tahun tidak diraikan disebabkan penularan Covid -19. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh Yang Hormat Dato’ Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib

Canselor UPM, Ahli Pengurusan Universiti dan turut merekodkan 816 kehadiran staf secara fizikal manakala 250 melalui Facebook Live UPM. 

 

Antara objektif sambutan ini diadakan di UPM adalah:

 1. Meningkatkan daya saing warga upm terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja;

 2. Memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM;

 3. Merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan

 4. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Berikut adalah senarai penerima anugerah, hadiah dan penghargaan yang telah diberikan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ), pasukan serta pekerja yang terlibat.

 

1. Hadiah Mencipta Tema  [Muat turun e-sijil penyertaan DI SINI]
  Terbaik : Siti Nur Ain Rahim (Sekolah Perniagaan dan Ekonomi)
  Saguhati 1    : Nur Sahira Faghira Tahrir Adli (Pusat Perhubungan Alumni)
  Saguhati 2 : Nor Umaira Abu Asan (Institut Biosains)

 

2. Hadiah Idea Inovasi  [Muat turun e-sijil penyertaan DI SINI]
  Terbaik : Shahrul Azman Ramli & Mohd Faiz Suparman (Bahagian Audit Dalam)
  Terbaik : Junaidah Md Isa & Nazaton Abd Aziz (Pejabat Bursar)
  Terbaik : Johan Budiman Northani (Fakulti kejuruteraan)

 

3. Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni 
Penerima Piala Pusingan – Pusat Perhubungan Alumni
  Kategori Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan
  Kategori Kolej/ Perkhidmatan  : Hospital Pengajar UPM
  Kategori Pusat : Pusat Perhubungan Alumni
  Kategori Institut : Institut Biosains
  Kategori Pentadbiran : Pejabat Pendaftar

 

4.

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Penerima Piala Pusingan- Putra Science Park & Pej. TNCPI (Langit Putra)

[Muat turun e-sijil penyertaan DI SINI]
  Pertama : Putra Science Park & Pej. TNCPI (Langit Putra) 
  Ke-2  : Perpustakaan Sultan Abdul Samad (Brainnovators)

 

5.

Anugerah Inovasi Perkhidmatan                Penerima Piala Pusingan-Fakulti Kejuruteraan (Retro- Save)

[Muat turun e-sijil penyertaan DI SINI]
  KATEGORI PENGURUSAN  
  Pertama : Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC dat.visus)
  Ke -2 : Pejabat Pendaftar & Pusat Pembangunan Maklumat dan  Komunikasi (HR Advance)
  Ke -3 : Fakulti Kejuruteraan (KKA Intelligence)
     
  KATEGORI TEKNIKAL  
  Pertama : Fakulti Kejuruteraan (Retro- Save)
  Ke-2 : Kolej Sepuluh (K10 Green)
  Ke-3 : Hospital Pengajar UPM (MORUPM)

 

6. Anugerah Pengurusan Laman Web                                                                                          
  Penerima Piala Pusingan - Sekolah Pengajian Siswazah
  Kategori A (Fakulti)  : Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB
  Kategori B (Institut)  : Institut Pengajian Sains Sosial
  Kategori C (Pusat)  : Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen
  Kategori D (Pentadbiran)  : Sekolah Pengajian Siswazah
  Kategori E (Kolej Kediaman)  : Kolej Sepuluh
  Kategori F (Perkhidmatan)  : Putra Science Park

 

7. Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja                                                                                                                                                                                
  Penerima Piala Pusingan - Pejabat Bursar
  Kategori A (Bilangan Pekerja PTJ Berskala Tinggi) 
  Pertama : Pejabat Bursar
  Ke-2 : Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
  Ke-3 : Perpustakaan Sultan Abdul Samad
     
   Kategori B (Bilangan Pekerja PTJ Berskala Sederhana Tinggi)
   Pertama  : Sekolah Pengajian Siswazah
   Ke-2  : Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) termasuk Putra Science Park dan Pusat Pengurusan Penyelidikan
   Ke-3  : Institut Biosains
     
  Kategori C (Bilangan Pekerja PTJ Berskala Sederhana Rendah)
  Pertama : Pusat Perhubungan Alumni
  Ke-2 : Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  Ke-3 : Pejabat Naib Canselor
     
  Kategori D (Bilangan Pekerja PTJ Berskala Rendah)
  Pertama : Pusat Jaminan Kualiti
  Ke-2 : Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar
  Ke-3 : Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah

 

8. Anugerah Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 
  Penerima Piala Pusingan - Pejabat Bursar  
  Kategori A (PTJ yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf 40 orang dan ke atas) 
    :Pejabat Bursar
  Kategori B (PTJ yang mempunyai persekitaran pejabat dan mempunyai staf kurang daripada 40 orang) 
    :Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) termasuk Pusat Transformasi Komuniti Universiti dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri
  Kategori C (PTJ yang mempunyai gabungan persekitaran pejabat, makmal, bengkel, pertanian  dan lain-lain)
    : Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan
  Kategori D (Kolej Kediaman)  : Kolej Sepuluh

 

9. Anugerah Indeks Akauntabiliti  
  Penerima Piala Pusingan - Pusat Jaminan Kualiti
  Kategori 1 (PTJ yang terlibat dengan pengurusan aset,perolehan, hasil dan kenderaan)
  Pertama : Pusat Pembangunan Akademik
  Ke-2 : Perpustakaan Sultan Abdul Samad
  Ke-3 : Institut Pengajian Sains Sosial
     
  Kategori 2 (PTJ yang terlibat dengan pengurusan aset, perolehan dan/atau hasil dan kenderaan)
  Pertama : Pusat Jaminan Kualiti
  Ke-2 : Kolej Empat Belas
  Ke-3 : Pusat Penerbit

 

10. Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran
  Penerima Piala Pusingan – Sekolah Pengajian Siswazah
   
  PTJ Terbaik Kategori PTJ A (Fakulti/Institut/Asasi/Akademi/Kampus Bintulu)
  Pertama : Fakulti Kejuruteraan
  Ke-2 : Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar
  Ke-3 : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
     
  PTJ Terbaik Kategori PTJ B (Pejabat/ Pusat/ Bahagian/Sekolah/ Kolej)
  Pertama : Sekolah Pengajian Siswazah
  Ke-2 : Perpustakaan Sultan Abdul Samad
  Ke-3 : Pusat Antarabangsa Putra

 

11. Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor 
  Terbaik Keseluruhan & Penerima Piala Pusingan – Perpustakaan Sultan Abdul Samad
     
12. Penghargaan Khas Pengurusan Lean  :Pusat Pertanian Putra (The Budders)
     
13. Penghargaan Khas EKSA  :Mohd Isnain Ali (Mantan Ketua Fasilitator EKSA UPM)

 

14.  Hadiah Pertandingan Koir HKIP  [Muat turun e-sijil penyertaan DI SINI]
  Pertama :Gabungan Kolej Kediaman (Gema Nirmala)
  Ke-2 :Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (The Heritage Chaos)
  Ke-3 :Hospital Pengajar UPM (D’Ritma) 

 

Tahniah kepada semua pemenang.


 

Tarikh Input: 14/12/2022 | Kemaskini: 15/12/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1508
03-9769 1489
BWCCKAM:10:12