CQA Sertai Sesi Jelajah MQA Zon Tengah | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » CQA Sertai Sesi Jelajah MQA Zon Tengah

CQA Sertai Sesi Jelajah MQA Zon Tengah

16 Disember 2025, Subang Jaya – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) yang diwakili oleh Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah, Jaminan Kualiti Akademik) dan Cik Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Audit Institusi) telah menyertai Sesi Jelajah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Zon Tengah yang telah diadakan pada 16 Disember 2025 bertempat di Monash University Malaysia. Seramai 160 wakil IPT dari 53 institusi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah hadir ke sesi jelajah tersebut.

Pada sesi jelajah berkenaan, MQA berkongsi dasar, Advisory Notes, panduan amalan terbaik,  program, aktiviti, inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan MQA serta mempromosi inisiatif pendidikan fleksibel terbaharu.

Hadir memberi perkongsian adalah Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan; Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran) MQA, Encik Mohamad Dzafir Mustafa, Pengarah Kanan (Akreditasi) MQA, Encik Mohd Khairul Nizam Ibrahim dan Ketua Unit (Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa), Encik Muhammad Hasfarizal Kamaludin.

Turut berlangsung, Mini Hari Mesra Pelanggan di mana wakil PPT boleh berinteraksi terus dengan pegawai MQA bagi menyelesaikan sebarang isu dan mendapatkan pencerahan tentang sesuatu perkara.

Melalui penganjuran siri jelajah ini menunjukkan MQA kekal komited memperkasa kerjasama strategik demi memastikan kualiti pendidikan tinggi negara terus terpelihara dan relevan.

   
Berita ditulis oleh : Aidawati Ramali    |  Seksyen Pembudayaan Kualiti    |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 04/01/2026 | Kemaskini: 04/01/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (02:04:05am-02:09:05am, 05 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]