CQA Sertai Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » CQA Sertai Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 UPM

CQA Sertai Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 UPM

   ​

   
         

24 April 2025, Serdang –Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 UPM pada 24 April 2025. Sehubungan itu, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah dipelawa untuk turut serta bergabung dengan entiti-entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang telah diadakan di Foyer Bangunan Pejabat TNCPI. Untuk sambutan tersebut, Kelab Kabajikan dan Sosial (KKS) CQA telah menyediakan pelbagai jenis kuih-muih tradisional seperti talam cendol, ketayap, karipap, putri ayu, lepat pisang, apam beras, kek marble, puding cocktail, aiskrim dan air balang. Selain itu, PTJ lain yang turut sama menaja juadah adalah Persatuan Alumni UPM (PAUPM), Putra Business School (PBS), Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Putra Science Park (PSP), Pusat Alumni UPM (PAUPM), Penerbit UPM (air balang) dan Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU) . Manakala turut disediakan adalah menu utama iaitu sate dan rendang hasil sumbangan semua PTJ yang terlibat.

Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2025 Gabungan Entiti Pejabat TNCPI yang bermula jam 9 pagi turut dimeriahkan dengan persembahan karaoke bertemakan raya daripada staf PTJ di mana CQA telah mendendangkan lagu Aidilfitri. Demi menghidupkan suasana raya, setiap PTJ telah mendekorasi meja hidangan PTJ masing-masing. Pada sambutan raya tahun ini, CQA berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Gerai Terbaik dan Kreatif serta Pertandingan Persembahan Terbaik.

   
       
 
 
         

Tarikh Input: 25/08/2025 | Kemaskini: 25/08/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (01:40:34pm-01:45:34pm, 28 Aug 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]