CQA Perkasakan Peranan Felo Bersekutu Melalui Bengkel Kick-Off 2026 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » CQA Perkasakan Peranan Felo Bersekutu Melalui Bengkel Kick-Off 2026

CQA Perkasakan Peranan Felo Bersekutu Melalui Bengkel Kick-Off 2026

 

29 April 2026, Serdang   - Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Kick-Off 2026: Bengkel Pemerkasaan Felo Bersekutu bertempat di Restoran L’apprenti, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM, semalam.

Bengkel yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang ini bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja serta memperkukuh peranan Felo Bersekutu dalam memacu agenda jaminan kualiti universiti bagi tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan sesi "Inspirasi dan Aspirasi" yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UPM. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan sinergi antara warga CQA dan Felo Bersekutu dalam mengekalkan budaya kualiti yang tinggi di seluruh kampus. Beliau turut menggariskan hala tuju strategik yang perlu dicapai bagi memastikan setiap proses akademik mematuhi standard jaminan kualiti yang telah ditetapkan.

Antara pengisian utama bengkel pada sebelah petang adalah sesi perbincangan mengenai "Strategi Mengekalkan Status Swaakreditasi: Peranan Felo Bersekutu". Sesi ini memfokuskan kepada langkah-langkah proaktif yang telah dirancang bagi urusan pengekalan status swaakreditasi yang bakal dihadapi pada tahun 2028.

Penganjuran bengkel ini juga menjadi platform penting bagi mengalu-alukan kehadiran Felo Bersekutu ke dalam pasukan CQA. Kesemua felo yang dilantik akan bekerjasama rapat dalam tempoh dua tahun pelantikan mereka untuk merangka serta melaksanakan pelan tindakan jaminan kualiti akademik secara berterusan.

Bengkel diakhiri dengan sesi minum petang dan bersurai pada jam 5:00 petang dengan semangat baharu bagi menggalas amanah bagi tahun 2026.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Rahmawati Umar  |  Seksyen Data Program  |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 07/06/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (06:21:00pm-06:26:00pm, 14 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]