17 Mei 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 pada tarikh 14 Mei 2024 dan 15 Mei 2024 (QMS) dan 17 Mei 2024 (ISMS). Pelaksanaan audit ini bagi memenuhi keperluan standard ISO berkenaan sebagai persediaan dalam menghadapi Audit Badan Pensijilan SIRIM yang dijadualkan pada 14 Oktober 2024 hingga 18 Oktober 2024. Audit Dalaman CQA telah diketuai oleh Juruaudit QMS dan ISMS UPM iaitu Tuan Haji Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar, Pusat Asasi Sains UPM. Pasukan Audit Dalaman QMS CQA yang turut terlibat sebagai Juruaudit adalah seperti berikut :
Sesi audit dalaman telah berjalan dengan lancar atas komitmen yang tinggi dalam kalangan Juruaudit serta kerjasama daripada semua pihak khasnya Pihak Pengurusan CQA. Sesi audit dalaman ini telah diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman QMS & ISMS pada 17 Mei 2024. Pihak CQA mengambil perhatian dan ke atas hasil penemuan audit berkenaan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. CQA juga merakamkan ucapan terima kasih atas input yang diberikan khasnya oleh KJAD UPM bagi menambahbaik pengurusan kualiti perkhidmatan dan kualiti akademik di peringkat universiti secara berterusan.
|
|||
![]() |
|||
|
|||
![]() |
![]() |
||
|
|||
![]() |
Tarikh Input: 20/06/2024 | Kemaskini: 20/06/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor