Booth CQA 5 Terbaik Sempena Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Booth CQA 5 Terbaik Sempena Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM

Booth CQA 5 Terbaik Sempena Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM

   
  

 

10 Mei 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) berjaya merangkul tempat ke-5 dalam Pertandingan 'Booth' Terbaik (Kluster G) sempena Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 UPM  yang telah diadakan di Dewan Banquet, UPM pada 10 Mei 2023. Atas kejayaan tersebut, CQA telah menerima hadiah berupa sijil dan hamper. Terdapat 18 buah Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah membuka booth di lokasi yang sama dan booth yang dikendalikan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah menyediakan minuman panas dan sejuk untuk para tetamu. 

Tujuan sambutan Mega Raya Aidilfitri 2023 ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan memberi ruang kepada semua warga UPM untuk beramah mesra dan bermaafan antara satu sama lain. Majlis yang diadakan dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang turut dikunjungi oleh pengurusan tertinggi UPM iaitu YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor UPM, YBrs. En Muhazam Mansor, Pendaftar UPM dan Ahli Pengurusan yang lain. Bagi memeriahkan sambutan, tetamu turut dihiburkan dengan Persembahan Live Band oleh staf dan pelajar, mendengar seloka dan celoteh pengacara majlis, Fit by Beat Raya iaitu senaman ringan dengan berbaju raya. Selain daripada pertandingan Booth Terbaik, turut diadakan pertandingan Pakaian Raya Tercantik bagi kategori lelaki dan wanita serta pertandingan nyanyian karaoke.

 

 

Tarikh Input: 15/05/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETNAT~