![]() |
||
27 Februari 2025, Serdang – Seksyen Dokumentasi, Pejabat Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti sedang dalam pemurniaan dokumen Semakan Penyata Pemakaian (SOA), Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat daripada MS ISO/IEC 27001:2013 kepada MS ISO/IEC 27001:2022. Bengkel ini telah diadakan pada 27 Januari 2025 yang bertempat di Putra Learning Space, Universiti Putra Malaysia rentetan dari bengkel yang telah dilaksanakan pada 12 Disember 2024 yang lalu. Seramai 19 orang telah hadir ke bengkel ini yang terdiri dari Peneraju Pasukan ISMS, merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja ISMS, Universiti Putra Malaysia. |
||
![]() |
||
Objektif bengkel ini adalah untuk melaksanakan pemurniaan dan pengesahan dokumen yang terpakai selaras dengan standard baharu ISMS MS ISO/IEC 27001:2013 dan MS ISO/IEC 27001:2022. Antara perubahan yang dikongsikan adalah perubahan pada Penyata Pemakaian (Statement of Applicability, SOA) di mana, standard lama melibatkan sebanyak 114 kawalan (controls) berbanding standard baharu telah berkurangan kepada 93 kawalan (controls) sahaja dan pecahan kepada empat (4) kawalan (controls) utama iaitu Kawalan Organisasi (Organizational Controls), Kawalan Manusia (People Controls), Kawalan Fizikal (Physical Controls) dan Kawalan Teknologi (Technological Controls). Setiap pasukan mengadakan perbincangan dalam kumpulan yang kecil dan menginput maklumat terkini seperti mana yang diperlukan. | ||
![]() |
||
Sepanjang bengkel ini, proses semak silang oleh setiap pasukan/entiti ISMS dilaksanakan serta pengemaskinian dokumen rujukan yang digunapakai selaras dengan penyata pemakaian yang ditelah ditentukan. Secara keseluruhannya, peserta telah memberikan maklum balas penilaian keberkesanan bengkel ini pada skala 4 hingga 5. Hasil daripada bengkel ini, pihak Urusetia ISMS, UPM akan mengatur bengkel penentuan risiko dengan menggunakan sistem baharu atau yang ditambahbaik daripada sistem penilaian risiko iaitu MyRAM. |
||
Tarikh Input: 28/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor