Bengkel Pemakaian Kerangka Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Pemakaian Kerangka Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024)

Bengkel Pemakaian Kerangka Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) Edisi Kedua (2024)

 

     
     

 

18 November 2024, Serdang - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengambil inisiatif menganjurkan “Workshop on Implementing Malaysia Qualifications Framework (Kerangka Kelayakan Malaysia, MQF) Second Edition (2024)” bagi mendapatkan bimbingan secara hands-on daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Dokumen MQF Edisi Kedua 2024 merupakan pengemaskinian dokumen daripada MQF Edisi Kedua 2017 dan dilaksanakan dengan pengukuhan bagi aspek Values-Based Education (VBE), Flexible Learning Pathways, Global Sustainability Agenda dan Harmonisation of MQF with other Sector/Occupational Frameworks.

Penceramah jemputan Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib selaku Pengerusi Panel Pakar MQF (2024) telah mengadakan sesi perkongsian pemakaian MQF Edisi Kedua (2024) yang akan dilaksanakan dalam tempoh transisi dua tahun iaitu bermula pada 31 Julai 2026 dengan mengambil kira penyesuaian, penjajaran dan pembangunan dokumen jaminan kualiti secara berperingkat.

Bengkel ini telah diadakan pada 18 November 2024 bertempat di Thinker Space 2.0, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia dengan dihadiri seramai 30 peserta dari fakulti/sekolah, CADe-Lead, CQA dan Felo Bersekutu CQA. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap pemakaian terkini MQF Edisi Kedua (2024) yang diterbitkan oleh MQA. Dokumen MQF ini akan menjadi rujukan utama kepada UPM dalam menjamin kualiti program pengajian yang ditawarkan.


Dalam bengkel tersebut, peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk melaksanakan latihan berdasarkan pemahaman peserta terhadap MQF Edisi Kedua dan disusuli dengan pembentangan oleh setiap kumpulan.

Tarikh Input: 22/11/2024 | Kemaskini: 04/12/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:7:05:34~noCache