12 Sept 2018, Serdang - Universiti Putra Malaysia terus komited dalam memastikan semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga universiti dan pelanggan berada pada tahap baik. Bermula 12 September 2018 (Rabu) ini, satu Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001:2015 akan dijalankan oleh SIRIM. Audit pada kali ini akan dijalankan selama tiga (3) hari dan dijangka tamat pada 14 September 2018 (Jumaat) nanti. Berikut adalah senarai PTJ terpilih untuk diaudit:
-
Pusat Jaminan Kualiti
-
Pejabat Penasihat Undang-Undang
-
UPM Kampus Bintulu
-
Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
-
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
-
Pejabat Pendaftar
-
Pejabat Bursar
-
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
-
Taman Pertanian Universiti
-
Pusat Asasi Sains Pertanian
-
Fakulti Perubatan Veterinar
-
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
-
Fakulti Pertanian
-
Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina
Tarikh Input: 12/09/2018 |
Kemaskini: 12/09/2018 | naszroul
PERKONGSIAN MEDIA