|
21 November 2025, Serdang – Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Audit Pemantauan Semakan 1 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2022 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan UPM yang berterusan terhadap keperluan-keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan pensijilan. Audit yang berlangsung selama 5 hari dari 22 sehingga 26 September 2025 ini melibatkan 40 PTJ sebagai sampel audit. Seramai 10 orang auditor QMS yang diketuai oleh Puan Siti Rahmah Ahmad dan 2 orang auditor ISMS yang diketuai oleh Cik Nur Fatin Ezzati Masruhaizan telah mengaudit pada sesi kali ini. Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ). Secara keseluruhan, pihak pasukan auditor berpuas hati dengan pelaksanaan QMS dan ISMS di UPM. UPM telah berjaya melepasi audit dan laporan telah dibentang oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM QMS dan ISMS semasa Mesyuarat Penutupan dengan syor untuk diteruskan pensijilan tanpa pindaan setelah laporan ketakakuran ditutup dengan memuaskan bagi ISO 9001:2015 QMS dan disyorkan untuk diteruskan pensijilan dengan pindaan untuk ISO/IEC 27001:2022 ISMS setelah laporan ketakakuran ditutup dengan memuaskan. Pindaan adalah pada naik taraf ke ISO/IEC 27001:2022. Komitmen dari pihak Pengurusan dan semua kakitangan UPM terhadap pelaksanaan QMS dan ISMS adalah menjadi kekuatan utama dalam memastikan objektif dan dan KPI UPM tercapai. |
![]() |
| Berita ditulis oleh | : Zenaida Md Zenon | Seksyen Audit Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 17/11/2025 | Kemaskini: 01/12/2025 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor