Audit Pemantauan Semakan 1 QMS Dan ISMS Oleh SIRIM Tahun 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Audit Pemantauan Semakan 1 QMS dan ISMS oleh SIRIM Tahun 2022

Audit Pemantauan Semakan 1 QMS dan ISMS oleh SIRIM Tahun 2022

21 Oktober 2022, Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Pemantauan Semakan 1 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2013 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini bertujuan untuk menilai pematuhan UPM yang berterusan terhadap keperluan-keperluan piawaian yang ditetapkan oleh badan pensijilan. Audit yang berlangsung selama 5 hari dari 17 sehingga 21 Oktober 2022 ini melibatkan 40 PTJ sebagai sampel audit. Seramai 10 orang auditor QMS yang diketuai oleh Puan Maznah Mat Isa dan 2 orang auditor ISMS yang diketuai oleh Puan Fazlin Zakaria telah mengaudit pada sesi kali ini.

Mesyuarat Penutupan Audit telah diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti serta wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Alhamdulillah, UPM telah berjaya melepasi audit dan laporan penemuan audit telah dibentang oleh Ketua Pasukan Audit SIRIM QMS dan ISMS sebagaimana berikut:

  1. QMS:  Tiada Laporan Ketakakuran (NCR), 16 Peluang Penambahbaikan (OFI).
  2. ISMS:  0 NCR, 3 OFI.

 

Secara keseluruhan,  pihak pasukan auditor berpuas hati dengan pelaksanaan QMS dan ISMS di UPM tanpa penemuan ketidakakuran (NCR). Komitmen dari pihak Pengurusan dan semua kakitangan UPM terhadap pelaksanaan QMS dan ISMS adalah menjadi kekuatan utama dalam memastikan objektif dan dan KPI UPM tercapai.

Tahniah kepada semua warga UPM dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat di UPM dalam keadaan yang baik dan mematuhi keperluan yang ditetapkan sebagaimana Standard MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 27001:2013.

 

     

 

   

Tarikh Input: 06/11/2022 | Kemaskini: 06/11/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEUXAX~