Tingkat Kualiti Perkhidmatan Demi Kepuasan Pelanggan | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Tingkat Kualiti Perkhidmatan Demi Kepuasan Pelanggan

Tingkat Kualiti Perkhidmatan Demi Kepuasan Pelanggan

JAMIL HAMALI (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari
 
KUCHING 12 Ogos – Sektor perkhidmatan perlu sentiasa meningkatkan kualiti dengan perubahan teknologi dan inovasi bagi memastikan kepuasan pelanggan.
 
Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut akan menghadapi kesukaran dari segi memberikan perkhidmatan berkualiti.
 
“Dalam perkara itu, diharap simposium ini akan dapat melihat perubahan yang berlaku disebabkan teknologi maju dan kita perlu menjadikan diri lebih berinovasi."
 
“Pelbagai perubahan berlaku, justeru itu kita perlu menyesuaikan diri sendiri dengan bidang yang diceburi di tempat masing-masing,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Penyelidikan Antarabangsa Ke-6 dalam Pengurusan Perkhidmatan (IRSSM-6) di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Rektor UiTM Sarawak, Prof. Datuk Dr. Jamil Hamali; Pengerusi simposium, Prof. Dr. Jau Kandampully dan Pengerusi Bersama simposium, Prof. Madya Dr. Voon Boo Ho serta Prof. Madya Dr. Firdaus Abdullah.
 
IRSSM-6 yang berlangsung selama lima hari akan menyaksikan kira-kira 100 kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang dari China, Hong Kong, Taiwan. Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, Jerman, Maldives, Mauritius, Cyprus, Sri Lanka, Estonia, India. Pakistan. Bangladesh, Japan, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Australia dan New Zealand.
 
Simposium itu bertujuan sebagai platform untuk berkongsi ilmu pengurusan perkhidmatan, kemahiran dan pengalaman dalam kalangan peserta bagi kecemerlangan perkhidmatan yang mapan.
 
Sementara itu, Jamil berkata, tiada negara yang mahu ketinggalan menjadi pemimpin dalam penemuan ilmu baharu.
“Dalam era landskap sosial, ekonomi dan politik yang berubah dengan pantas, maka adalah menjadi keutamaan bukan sahaja sentiasa berhubung tetapi menyesuaikan diri dengan perubahan.
 
“Simposium ini menyasarkan untuk mempromosikan penyelidikan dalam kalangan komuniti akademik, meningkatkan kualiti pendidikan dan melibatkan perhubungan industri,” jelasnya.
 
Artikel penuh 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tarikh Input: 21/05/2018 | Kemaskini: 03/06/2021 | naszroul

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdTAt~