"Langkah ini memberi kelegaan besar dan membolehkan kami fokus kepada pembelajaran," katanya.
Menurutnya, keputusan itu juga menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan inklusif dan saksama untuk semua.
Nur Amalina Adriana yang mengalami masalah penglihatan terhad sejak usia 15 tahun berkata beliau banyak bergantung kepada bahan digital dan bantuan rakan sekelas dalam pembelajaran.
"Walaupun berdepan kekangan, saya tetap berusaha menyesuaikan diri dan meneruskan pengajian," katanya.
Beliau turut berharap kerajaan memperkukuh sokongan pendidikan termasuk elaun khas serta teknologi bantuan bagi membantu pelajar OKU.
Katanya, majikan juga perlu menyediakan persekitaran kerja yang lebih mesra OKU bagi memastikan graduan mempunyai peluang yang adil dalam pasaran pekerjaan.
"Sokongan masyarakat penting untuk memberi keyakinan kepada graduan OKU supaya berani mencuba dan menunjukkan kemampuan mereka," katanya.







