MQA Wakil Tunggal Asia Dijemput UKENIC22 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » MQA wakil tunggal Asia dijemput UKENIC22

MQA wakil tunggal Asia dijemput UKENIC22

 

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diberi penghormatan apabila menjadi wakil tunggal dari Asia yang dijemput di Persidangan UK ENIC 2022 (UKENIC22) untuk berkongsi pengalaman transformasi dalam pendidikan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, peluang keemasan itu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menonjolkan inisiatif dijalankan MQA dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Malaysia terutama ketika dan selepas pandemik Covid-19.

Katanya, seminar itu dihadiri 500 peserta dari pelbagai latar belakang dalam arena pendidikan tinggi global sekali gus memberi impak besar dalam usaha mempromosikan Malaysia di mata dunia.

“Selepas perkongsian saya mengenai Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dan kursus pendek ‘micro-credentials’, ramai menunjukkan minat terhadap dua inisiatif pendidikan fleksibel yang dijalankan MQA itu.

“Diharap perkongsian transformasi MQA di persidangan ini mampu menarik minat masyarakat antarabangsa untuk lebih mengenali kualiti pendidikan tinggi negara seterusnya menghantar pelajar menyambung pengajian di Malaysia,” katanya selepas sesi perkongsian di persidangan UKENIC22 yang diadakan di Queen Elizabeth II Centre, London, hari ini.

Dengan tema ‘Shifting Balance, Changing Models’, persidangan itu mengumpulkan badan akreditasi pendidikan tinggi dan menampilkan pelbagai topik berbeza yang disampaikan melalui panel, bengkel dan pembentangan.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, menjadi wakil tunggal dari Asia yang dijemput dalam persidangan berkenaan merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan negara luar terutama dari benua Eropah terhadap kualiti pendidikan tinggi Malaysia.

Katanya, naratif itu sekali gus menjadikan MQA terus berada pada landasan tepat untuk menjadi badan akredtiasi yang mencapai tahap 3R iaitu Referred (dirujuk), Relevant (relevan) dan Respected (dihormati).

“Tahun ini kita mahu meneroka potensi kerjasama dengan negara-negara dari Afrika, Asia tengah dan Asia barat, justeru platform antarabangsa seperti ini amat melebarkan jaringan kerjasama global,” katanya. 

 

 

Sumber dipetik dari

Tarikh Input: 29/03/2023 | Kemaskini: 27/04/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETNAN~