MQA Komited Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Global | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » MQA Komited Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Global

MQA Komited Jadikan Malaysia Hab Pendidikan Global

 

 

 

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan universiti tempatan berstatus swaakreditasi komited menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan global

menerusi penawaran program micro-credentials.Ketua Pegawai Eksekutif MQA Prof Fatuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, dalam kalangan

institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, program micro-credentials hangat diperkatakan dan universiti berstatus swaakreditasi perlu menjadi pelopor

atau pencipta trend dalam penawarannya.

 

"Jangan fikir apabila IPT lain tidak menawarkan sesuatu program, mengapa kita perlu buat? persoalannya, mengapa perlu tunggu orang lain buat baru

kita nak buat? Jika terus berfikiran demikian, katanya, kita akan hanya mampu jadi pengikut dan bukan pemimpin, justeru kita perlu jadi perintis.

 

"Apabila satu dunia tak buat, kita buat... masyarakat global akan datang kepada kita seterusnya membantu menjayakan hasrat Menteri Pengajian Tinggi

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad untuk menarik minat 250,000 pelajar antarabangsa ke Malaysia menjelang tahun 2025 seterusnya mampu menjadikan

Malaysia sebagai hab pendidikan global," katanya. Beliau berkata demikian ketika Sesi Jelajah MQA @ IPT Swakreditasi di International Medical University (IMU).

 

Hadir sama, Naib Canselor IMU Prof Abdul Aziz Baba, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA Prof Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari,

Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran) MQA Mohammad Dzafir Mustafa, Pengarah Kanan (Akreditasi) MQA Mohd Khairul Nizam Ibrahim

dan Pengarah Bahagian Audit Institusi MQA Mazlinawati Mohamed.

 

Dengan status swaakreditasi, IPT boleh menawarkan program yang dirasakan bersesuaian dan mendapat permintaan tinggi selepas melalui proses akreditasi

serta dipersetujui senat universiti.

 

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, penawaran kursus micro-credentials sama ada pecah kecil daripada program yang sudah mendapat akreditasi

atau secara stand-alone menjadi satu daripada inisiatif penjanaan pendapatan buat IPT. Di peringkat global pula, katanya, Malaysia menjadi negara kedua

tertinggi untuk carian berkenaan micro-credentials selepas Australia di Google Trends.

 

"Ini membuktikan pengajian tinggi di negara ini sudah mencapai standard yang baik di peringkat global apabila menjadi antara rujukan paling utama berkaitan

micro-credentials. "Kelebihan ini perlu dimanfaatkan oleh IPT tempatan untuk menawarkan pengajian tinggi yang bersifat lebih fleksibel bukan hanya untuk

pasaran pelajar di negara ini, malah untuk masyarakat antarabangsa," katanya.

 

 

Sumber dipetik dari 

 

 

Tarikh Input: 20/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdDA4~