Inisiatif Pelajar Tahun Akhir, Tarik Minat Anak Muda Hargai Warisan | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» ARTIKEL » Inisiatif Pelajar Tahun Akhir, Tarik Minat Anak Muda Hargai Warisan

Inisiatif Pelajar Tahun Akhir, Tarik Minat Anak Muda Hargai Warisan

 

    
         

 

Dua kumpulan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam, Taylor's University memberi nafas baharu dalam menyiapkan kerja kursus tahun akhir mereka apabila memilih melaksanakan kempen komunikasi bersama komuniti dan institusi warisan tempatan.

Pensyarah pembimbing, Nurun Najah Tarmidzi, berkata mereka yang dibahagikan kepada kumpulan Heritage Kita dan Syok PR, memilih untuk mengetengahkan pendekatan komunikasi strategik berasaskan penceritaan digital dan penglibatan belia bagi memperkukuh apresiasi terhadap kepelbagaian budaya negara.

"Misalnya, Heritage Kita menerusi inisiatif Voices of Betau bekerjasama dengan murid Sekolah Kebangsaan Pos Betau, Kuala Lipis, bagi memperkasa warisan masyarakat Orang Asli Betau, Pahang.

"Menerusi bengkel media sosial yang dianjurkan, pelajar sekolah dilatih mendokumentasikan kisah, tradisi dan pengalaman komuniti mereka menggunakan platform digital," katanya.

Menurutnya, kempen yang berlangsung selama 14 minggu itu merekodkan lebih 162,000 interaksi di Instagram, sekali gus memperluas capaian mesej berkaitan warisan komuniti berkenaan kepada khalayak lebih besar.

 

Sementara itu katanya, kumpulan Syok PR menjalinkan kerjasama dengan Majlis Muzium Melaka (PERZIM) bagi menarik semula minat golongan Gen Z terhadap sejarah dan warisan negeri itu.

 
  Murid-murid SK Pos Betau bersama ahli kumpulan Heritage Kita.
 

Menerusi kandungan kreatif di Instagram dan TikTok, kempen berkenaan memperkenalkan semula empat muzium serta tapak kebudayaan utama di Melaka dengan pendekatan yang lebih dekat dengan generasi muda.

"Hasilnya, kempen itu mencatat lebih 481,000 interaksi di Instagram dan 243,000 tontonan di TikTok, mencerminkan keberkesanan strategi penceritaan digital dalam mendekatkan institusi warisan dengan kelompok belia," katanya.

Nurun Najah berkata, kedua-dua projek ini menggambarkan bagaimana pelajar kita mampu mengaplikasikan kemahiran komunikasi strategik untuk membawa impak sebenar kepada masyarakat melalui pendekatan yang lebih mesra kepada golongan belia.

 

 

 

 

"Projek seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman praktikal, tetapi juga mengasah kepimpinan sosial dan semangat cintakan budaya dalam diri pelajar.

"Kreativiti dan perspektif generasi Z yang ditonjolkan turut membawa penceritaan digital ke tahap lebih tinggi," katanya.

Semua hasil kempen berkenaan dipersembahkan dalam Final Year Project Public Relations Showcase, baru-baru ini.
    

  Perkongsian artikel oleh: Kasmaria Zawawi  | Seksyen Dokumentasi    

                                                                                             Sumber daripada : 

 

Tarikh Input: 19/03/2026 | Kemaskini: 11/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (11:33:51am-11:38:51am, 03 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]