Graduan Kejuruteraan Diminta Daftar Dengan Lembaga Kejuruteraan Malaysia | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» ARTIKEL » Graduan Kejuruteraan Diminta Daftar dengan Lembaga Kejuruteraan Malaysia

Graduan Kejuruteraan Diminta Daftar dengan Lembaga Kejuruteraan Malaysia

 

    
         

Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menyeru semua graduan kejuruteraan untuk mendaftar sebagai jurutera siswazah sebagai langkah penting ke arah kerjaya profesional yang diiktiraf.

LJM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendaftaran di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 membolehkan graduan menggunakan gelaran Grad.Eng. pada belakang nama sebagai pengiktirafan rasmi terhadap kelayakan akademik selain meningkatkan kredibiliti dalam industri.

Sebagai negara penandatangan Washington Accord, Malaysia memastikan program kejuruteraan memenuhi piawaian antarabangsa sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan pada peringkat global.

 

 
 

Graduan dengan ijazah diiktiraf oleh Engineering Accreditation Council (EAC-BEM) atau badan profesional di bawah Washington Accord layak memohon manakala laluan alternatif seperti program top-up dan BEM Graduate Assessment Program (BEM-GAP) disediakan bagi kelayakan yang tidak diiktiraf.

Permohonan pendaftaran dibuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara serta boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem MyBEM dengan mengemukakan dokumen sokongan lengkap termasuk sijil akademik, transkrip rasmi dan dokumen pengenalan diri yang disahkan Jurutera Profesional diiktiraf LJM.

 

Tempoh pemprosesan ialah kira-kira enam minggu bagi kelayakan yang diiktiraf dan sehingga empat bulan bagi kes penilaian khas tertakluk kepada kelengkapan dokumen dikemukakan.

LJM berharap semua graduan mengambil langkah proaktif untuk mendaftar sebagai jurutera siswazah sebagai laluan awal ke arah pendaftaran sebagai jurutera profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
    

  Perkongsian artikel oleh: Norliyani Anor | Seksyen Data Program   

                                                                                             Sumber daripada : 

 

Tarikh Input: 19/03/2026 | Kemaskini: 11/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (08:49:22am-08:54:22am, 26 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]