Digital Bantu Aliran Kerja Sumber Manusia | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Digital Bantu Aliran Kerja Sumber Manusia

Digital Bantu Aliran Kerja Sumber Manusia

Jabatan Sumber Manusia sering berdepan jumlah kerja menulis yang tinggi serta proses perekrutan manual seperti pengimbasan, faks, percetakan pelbagai borang serta dokumen. Di samping itu, dokumen perlu dihantar, ditandatangani oleh pihak berkepentingan yang betul dan dikumpulkan semula tepat pada waktunya.

Proses rutin yang memakan masa ini boleh memberi impak negatif kepada pengalaman pekerja serta majikan pada keseluruhannya kerana mereka dibebani kerja menulis yang menyusahkan serta alir kerja yang lambat dan terdedah kepada kesilapan.

Pendigitalan alir kerja dokumen merupakan langkah mustahak ke arah mencapai pengalaman pengguna digital penuh. Ia menggantikan pelbagai proses manual yang berasaskan kertas dengan prosedur-prosedur digital yang lebih teratur.

Selain mengurangkan risiko data yang tidak tepat serta lewah, proses-proses dokumen digital membolehkan syarikat-syarikat meringkaskan alir kerja dalaman, menjimat masa serta meningkatkan kecekapan pelbagai tugasan harian.

Tandatangan elektronik amat berguna berhubung aspek ini berikutan pendigitalan prosedur berasaskan kertas.

Jabatan Sumber Manusia dapat mempercepat proses suai kenal dengan menjejaki, mengaudit, mengurus dan menyelesaikan kitaran kontrak secara mudah merentasi pelbagai pihak berkepentingan. Malah, perkara-perkara ini dapat direalisasikan melalui sebarang peranti.

Transformasi digital ini dapat membantu jabatan berkenaan menghapuskan kos dan kekecewaan berkaitan proses pendaftaran, suai kenal serta pelayan sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

Biasanya kita tidak mengaitkan dokumen dengan pengalaman, namun pada hakikatnya dokumen selalunya menjadi penggerak yang memacu perniagaan ke hadapan.

Misalnya pelbagai borang yang mengumpul data pekerja dan pelanggan, usul-usul yang berjaya memperoleh projek lumayan serta perjanjian untuk mengembangkan perniagaan.

Kita sedang beroperasi dalam persekitaran perniagaan hari ini yang mengutamakan pengalaman khususnya `pengalaman pekerja’ (CX) yang telah menjadi faktor pembeza kompetitif baharu bagi kejayaan sebuah perniagaan.

Pemahaman ini amat penting bagi syarikat-syarikat yang ingin mencapai kejayaan dalam memburu atau mengekalkan bakat. Mereka perlu sedar bahawa pengalaman jenama akan mempengaruhi pengalaman pelanggan pada keseluruhannya.

Justeru, bagi mewujudkan pengalaman positif, syarikat-syarikat perlu menganggap pekerja mereka sebagai ‘pekerja sifir’ yang berpontensi tinggi.

Manfaat-manfaat utama alir kerja dokumen digital termasuk pulangan perniagaan dan semangat serta produktiviti tempat kerja yang lebih tinggi.

Dalam jaringan pasaran yang saling berkaitan dan bergerak pantas, proses berasaskan kertas dan tandatangan tradisional semakin ketinggalan zaman.

Berikutan pendigitalan, segala proses penandatanganan boleh diselesikan dalam beberapa minit dan bukan lagi berminggu-minggu.

Satu tinjauan oleh IDC menganggarkan bahawa 36 peratus peningkatan dalam pendapatan, 30 peratus pengurangan dalam kos serta 23 peratus pengurangan dalam risiko perniagaan atau kepatuhan adalah dibawa oleh keupayaan untuk memperkemas proses-proses dokumen.

 

SUMBER: UTUSAN ONLINE: 24 SEPTEMBER 2019

PENULIS: CHANDRA SINNATHAMBY

 

 

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 22/06/2021 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDdGAo~