Buku QA ODL UPM - 3: Kriteria Dan Standard COPPA:ODL (2019) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku QA ODL UPM - 3: Kriteria dan Standard COPPA:ODL (2019)

Buku QA ODL UPM - 3: Kriteria dan Standard COPPA:ODL (2019)

 

 

3.1               Maklumat Umum COPPA:ODL (2019)

 

COPPA:ODL (2019) MQA, 2019 telah menyenaraikan tujuh (7) bidang penilaian dengan 21 kriteria dan 96 standard yang perlu dipatuhi dalam menjalankan program ODL. Tujuh (7) bidang penilaian berkenaan adalah:

 

Bidang Penilaian
Bidang 1 Pembangunan Program dan Penyampaian (3 kriteria dan 16 standard)
Bidang 2 Penilaian Pembelajaran Pelajar (3 kriteria dan 11 standard)
Bidang 3 Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan (5 kriteria dan 18 standard)
Bidang 4 Staf Akademik (2 kriteria dan 14 standard)
Bidang 5 Sumber Pendidikan (3 kriteria dan 12 standard)
Bidang 6 Pengurusan Program (4 kriteria dan 16 standard)
Bidang 7 Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan Program (1 kriteria dan 9 standard)

 

Kesemua 96 standard yang dinyatakan dalam COPPA:ODL (2019) wajib dipatuhi dalam menjalankan program ODL. Penilaian pematuhan kepada kriteria dan standard dilaksanakan semasa penilaian akreditasi program, kelulusan penawaran program serta semakan semula kurikulum program ODL. Perincian kriteria dan standard boleh dirujuk dalam laman web MQA pada COPPA:ODL (2019) https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/copnew.cfm., yang turut dipautkan dalam laman web e-iso UPM.

 

Bahagian ini mengetengahkan inti pati setiap bidang penilaian dalam COPPA:ODL (2019) dan Surat Makluman MQA Bil. 12/2020. Fakulti/Sekolah perlu merujuk perincian kriteria dan standard COPPA:ODL (2019) yang dibaca bersama dengan Surat Makluman MQA Bil. 12/2020 dalam penyediaan dokumen program.

 

3.1               Inti Pati Kriteria dan Standard COPPA:ODL (2019)

 

BIDANG 1: Pembangunan Program dan Penyampaian

 

  1.   Matlamat, objektif dan hasil pembelajaran wajib konsisten dan menyokong polisi ODL UPM dalam menggalakkan pembelajaran global dalam talian. (Standard 1.1.1).
  2.   Program mesti menunjukkan bukti permintaan dan kebolehlaksanaan program yang ditawarkan secara ODL. (Standard 1.1.2)
  3.   Penyelaras kursus dan/atau pensyarah kursus hendaklah mempunyai autonomi dalam memastikan penyampaian dan pentaksiran dapat dilaksanakan dengan efektif untuk program ODL. (Standard 1.2.1)
  4.   Program mesti melibatkan pihak berkepentingan termasuk pakar bidang dan pakar ODL. (Standard 1.2.3)
  5.

 

 

a.

 

b.

Program mesti mempunyai kaedah PdP yang bersesuaian dan relevan dengan PEO dan LO yang merangkumi perkara berikut: (Standard 2.5)

mempunyai mekanisme/sistem platform pembelajaran elektronik atau dalam talian (LMS)  untuk interaksi PdP secara Bukti platform PdP ini perlu disediakan sebelum mengemukakan permohonan Akreditasi Sementara.

menyediakan SIM untuk pelajar ODL yang bersesuaian dengan keperluan self-directed learners. Semua SIM hendaklah dimuat naik ke platform pembelajaran. Program boleh mempertimbang keperluan hak harta intelek dan polisi pelesenan untuk SIM yang dihasilkan. Undang-undang hak cipta dan amalan terbaik mesti direkodkan dan dipantau.

   

c.

Keperluan penyediaan SIM:

i.   SIM untuk semua kursus Semester Pertama program ODL perlu disediakan sebelum

     mengemukakan Akreditasi Sementara (PA);

ii.  SIM untuk semua kursus Tahun Pertama program ODL perlu disediakan setelah

    program dikendalikan untuk satu (1) semester selepas menerima kelulusan PA dan

    kelulusan pengendalian program daripada KPT;

iii. SIM untuk semua kursus program ODL perlu disediakan semasa mengemukakan

    permohonan Akreditasi Penuh (FA); dan

iv. SIM perlu disediakan sepenuhnya bagi kursus yang akan diambil oleh pelajar yang telah

    mendapat kelulusan pemindahan kredit.

   

d.

mempunyai unit/seksyen khas yang bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pemilik program dalam mereka bentuk dan menyediakan bahan pembelajaran ODL.
    e. menentukan jenis interaksi antara pelajar dan pensyarah sama ada secara segerak atau tidak segerak, atau kombinasi kedua-duanya. Bagi sesi tutorial, interaksi secara segerak boleh dilaksanakan secara bersemuka melalui pertemuan fizikal atau secara maya melalui media elektronik.
  6.   Program mesti menyediakan penerangan kepada pelajar berkaitan perincian perjalanan program serta kaedah PdP ODL. Penerangan boleh dilaksanakan menerusi platform pembelajaran atau LMS. (Standard 1.3.2)
  7.   Program mesti mendorong inovasi dalam PdP bagi menggalakkan interaksi dua hala di antara pensyarah dan pelajar, sama ada secara segerak atau tidak segerak merangkumi penggunaan kaedah mengakses data dalam memantau aktiviti pembelajaran pelajar. (Standard 1.3.5)

 

BIDANG 2: Penilaian Pembelajaran Pelajar

 

  1.   Penglibatan pelajar dalam aktiviti penilaian dan pembelajaran mesti dipantau menerusi platform e-pembelajaran. (Standard 2.2.1)
  2.   Program mesti mempunyai polisi dan mekanisme penilaian pelajar yang berstruktur untuk memastikan kesahan, kebolehpercayaan, integriti, keterkinian dan kesaksamaan kaedah penilaian adalah bersesuaian dengan pelajar ODL di lokasi berbeza dan jauh serta proses serentak di banyak lokasi. (Standard 2.2.2)

 

BIDANG 3: Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan

 

  1.   Pengambilan pelajar mestilah mengambil kira keupayaan dan kapasiti jabatan dalam menjalankan program secara efektif. (Standard 3.1.3)
  2.   Perkhidmatan sokongan pembelajaran yang bersesuaian untuk pelajar ODL perlu disediakan kepada pelajar baharu, pelajar bertukar dan pelajar berkeperluan khas. (Standard 3.1.5)
  3.   Program perlu mempunyai modul sesi orientasi untuk mendedahkan pelajar kepada segala aspek ODL yang berkaitan. (Standard 3.3.3)

 

BIDANG 4: Staf Akademik

  1.   Program mesti mempunyai polisi pengambilan staf akademik yang jelas dan didokumenkan serta mengambil kira pengalaman ODL. (Standard 4.1.2)
  2.   Program perlu mempunyai penyelaras kursus berkelayakan yang dilantik secara sepenuh masa. Tutor sambilan berkelayakan boleh dilantik untuk mengendalikan sesi tutorial. (Standard 4.1.4)
  3.   Program perlu melaksanakan latihan pembangunan yang berstruktur kepada staf akademik dan bukan akademik sedia ada dan baharu untuk memahami ODL, merangkumi pelaksanaan dan pengurusan sesi tutorial dan pengurusan platform e-pembelajaran. (Standard 4.1.8)

 

BIDANG 5: Sumber Pendidikan

 

  1.   Program mesti mempunyai polisi e-pembelajaran yang merangkumi aspek pemilihan dan penggunaan alat elektronik, rangkaian dalaman dan luaran, e-content dan aspek lain yang berkaitan seperti penggunaan teknologi maklumat untuk komunikasi dan pembelajaran. (Standard 1.1)
  2.   Program mesti mempunyai kemudahan fizikal dan maya (platform pembelajaran elektronik dan perpustakaan digital) dan sumber pendidikan yang mencukupi dan bersesuaian untuk memastikan penyampaian ODL yang berkesan. Ini termasuk kemudahan bagi program yang perlu menjalankan penyelidikan dan bagi pelajar yang berkeperluan khas. (Standard 5.1.2)
  3.   Program perlu menyediakan bahan sokongan serta bimbingan kepada pelajar dan staf akademik bagi menyokong proses PdP secara ODL. (Standard 5.1.3)
  4.   e-Content yang dibangunkan mesti mematuhi keperluan undang- undang dan hak cipta yang ditetapkan. (Standard 5.1.4)

 

BIDANG 6: Pengurusan Program

 

  1.   Program perlu mempunyai bilangan staf bukan akademik dan pentadbiran yang mencukupi dan berkelayakan termasuk pereka bentuk kurikulum, editor, pereka bentuk grafik dan pegawai sokongan bagi menyokong pembelajaran ODL. (Standard 6.3.1)
  2.   Program perlu mempunyai pelan latihan berkaitan ODL untuk staf bukan akademik dan pentadbiran untuk memastikan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ODL. (Standard 6.3.3)

 

BIDANG 7: Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan

 

  1.   Program mesti mempunyai jawatankuasa dalaman untuk pemantauan dan semakan kurikulum program ODL, termasuk perkhidmatan sokongan pembelajaran ODL. (Standard 7.1.3)

 

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFCXA2~