ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN | |||
FINALIS HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2024 | |||
8. | Tajuk Projek | SISTEM PAPARAN MAKLUMAT PERUMAHAN DAN PENEMPATAN (SMART) | |
PTJ | Bahagian Perumahan dan Penempatan | ||
NamaKumpulan | Smart Putra | ||
Sinopsis Projek |
Selari dengan keperluan membuat keputusan dengan cepat, kehendak kepada maklumat atau data berkaitan juga perlulah cepat, pantas dan tepat. Entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Putra Malaysia, digalakkan dan sedang giat membangunkan aplikasi berkaitan, sesuai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang berkeperluan menyalurkan maklumat dan data kepada pihak Pengurusan Universiti. Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP), UPM juga telah membangunkan sebuah aplikasi e-Dasboard yang mampu menyalurkan maklumat berkaitan penempatan pelajar luar dan dalam kampus dengan kadar segera yang dikenali sebagai Sistem Paparan Maklumat Perumahan dan Penempatan (SMART). |
||
Impak Pelaksanaan |
i. | Maklumat atau data pelajar dapat disalurkan kepada pihak yang berkepentingan dengan cepat. | |
ii. | Mengurangkan masa menunggu untuk mengumpul data daripada pihak yang bertanggungjawab. | ||
iii. | Kecekapan dalam proses penyaluran maklumat dan data dalam tempoh yang singkat. | ||
9.
|
Tajuk Projek | VMAC-VEHICLE MANAGEMENT AND CONTROL | |
PTJ | Bahagian Audit Dalam | ||
NamaKumpulan | INNO PRIME | ||
Sinopsis Projek |
VMAC merupakan aplikasi digital yang mentransformasikan kaedah pengurusan kenderaan secara manual kepada digital.
VMAC berfungsi untuk merekod, memantau, mengawal, dan menguruskan kenderaan PTJ dengan lebih efektif merangkumi pelbagai fungsi seperti pengurusan rekod maklumat asas kenderaan, penjadualan penyelenggaraan, pemantauan penggunaan bahan api, dan penilaian prestasi penggunaan kenderaan. VMAC juga dibangunkan dengan mengambil kira keperluan perekodan dan pemantauan pengurusan 14 kenderaan berasaskan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1, Pengurusan Kenderaan Kerajaan. |
||
Impak Pelaksanaan |
Kerangka kerja pembangunan VMAC adalah berteraskan elemen informatif, ketepatan dan keberkesanan yang memberi impak positif kepada PTJ dan Universiti seperti berikut:- | ||
i. | Relevan: Aplikasi pintar secara dalam talian yang dapat meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan pengurus kenderaan, pemandu dan pengguna kenderaan untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat; |
||
ii. | Signifikasi: Sistem yang lebih dinamik, responsif dan mesra pengguna; | ||
iii. | lnovatif : Memaparkan maklumat berinformasi yang mengandungi paparan dashboard dan dilengkapi dengan analisis data kecekapan penggunaan kenderaan; |
||
iv. | Keberkesanan: Pengurangan kos operasi, penjimatan masa operasi dan mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan yang dapat membantu memanjangkan jangka hayat kenderaan. |
Tarikh Input: 26/02/2025 | Kemaskini: 26/02/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor