Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (4 & 5) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (4 & 5)

Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (4 & 5)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN     
FINALIS HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2024     
4.         Tajuk Projek  Kad Pembinaan Kerjaya 1.0
PTJ  Bahagian Kaunseling UPM
Nama Kumpulan  Career Fighter

Sinopsis Projek 

Kad Pembinaan Kerjaya 1.0 adalah idea dalam memberi fokus perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM kepada pelanggan iaitu memperkasa kesejahteraan holistik melalui pelaksanaan program yang bersifat psikologikal, emosi, intelektual, dan sosial (PEIS). Ini bermaksud, Bahagian Kaunseling UPM memberikan perkhidmatan bagi kesejahteraan merangkumi elemen-elemen yang menjurus kepada kesejahteraan holistik bagi sesorang individu termasuk pembinaan kerjaya.

Salah satu perkhidmatan BKUPM bagi tujuan ini adalah melalui sesi bimbingan/sesi kaunseling sama ada secara individu atau kelompok. Dalam proses bimbingan atau sesi kaunseling kaunselor terdapat proses penerokaan isu yang dihadapi klien. Dengan alat pemudah cara seperti Kad Pembinaan Kerjaya 1.0 ini, kaunselor akan dapat sama-sama berbincang bersama klien lebih efektif ke arah mencapai matlamat sesi kaunseling/bimbingan kerjaya.

Kad Pembinaan Kerjaya 1.0 (KPK) ini dibina adalah alat aktiviti yang memudahkan kaunselor dan klien mengenalpasti tahap pembinaan kerjaya klien. Item-item soalan dalam KPK ini adalah daripada Soal Selidik 10 Pembinaan Kerjaya (Syarifah Sheril Azlin, Wan Marzuki, Yusni & Wan Norhayati, 2021). KPK adalah satu set alat pembinaan kerjaya buat klien/pelajar seawal tahun pertama pengajian.

Kad Pembinaan Kerjaya 1.0 adalah inovasi daripada cara manual yang digunakan oleh kaunselor menggunakan soal selidik pembinaan kerjaya terhadap klien samada :-
i. Menerusi penerokaan/ perkongsian semasa sesi;
ii. Bertulis - Tahap pembinaan kerjaya terkini.

Impak

Pelaksanaan        

 i. Melalui inovasi ini, kaunselor dapat membantu klien untuk melihat dengan lebih jelas tahap pembinaan kerjaya klien dan membantu klien merancang hala tuju kerjaya mereka dengan teratur. Ianya dapat menjimatkan penggunaan masa, interaktif dan memudahkan proses kaunseling/bimbingan kerjaya yang dilaksanakan.

          
5.      

 

   
Tajuk Projek  Sistem Putra Sarjana
PTJ  Sekolah Pengajian Siswazah
Nama Kumpulan  Innotech-SGS Alpha

Sinopsis Projek

 

 

 

Sistem Putra Sarjana merupakan salah satu daripada inisiatif SPS dalam melancarkan perancangan, pengurusan serta pelaporan program seminar sokongan bantuan pembelajaran bagi pelajar pascasiswazah UPM.
Sistem ini telah dirancang pada tahun 2022 dan mula digunakan sejak Oktober 2023, di mana sistem ini memudahkan pengurusan keseluruhan program termasuklah promosi, pendaftaran, rekod kehadiran, penilaian, sijil, dan sebagainya.

Impak

Pelaksanaan          

 i. Penjimatan masa pengurusan program : 76%
 ii. Penjimatan sumber manusia: 66.7%
 iii. Penjimatan kewangan: 100%
 iv. Bertepatan dengan Matlamat 2 Pelan Strategik SPS 2024-2026
 v. Selari dengan SDG 12: Responsible Production and Consumption.

Tarikh Input: 26/02/2025 | Kemaskini: 26/02/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/4:22:38:22~noCache