Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (12 & 13) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (12 & 13)

Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (12 & 13)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN     
FINALIS HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2024     
12.         Tajuk Projek  Modul Interaktif Peperiksaan Perkhidmatan
PTJ  Pejabat Pendaftar & Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Nama Kumpulan  HR Exam On A Mission

Sinopsis Projek 

Seiring dengan perubahan masa dan teknologi, Pejabat Pendaftar telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC),
menghasilkan sistem bagi pemusatan maklumat Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sistem Peperiksaan Perkhidmatan merupakan salah satu sub sistem HR Portal di dalam projek Transformasi Aplikasi Sumber Manusia di Pejabat Pendaftar yang dibangunkan bagi memudahkan operasi proses Peperiksaan Perkhidmatan pegawai UPM.

Impak

Pelaksanaan        

 i. dapat mengatasi kelewatan mengeluarkan keputusan
peperiksaan kepada calon yang terlibat;
 ii. penggunaan sistem/pendigitalan akan menyokong konsep teknologi hijau dan kelestarian alam sekitar yang dapat meminimumkan penggunaan kertas dan toner. Ini dapat mengelakkan pembaziran;
 iii. menghasilkan pekerja yang lebih bermotivasi, stabil dari segi emosi dan menggalakkan peningkatan prestasi kerja staf serta budaya kerja yang
berteraskan teknologi; dan
iv. penyediaan laporan dan statistik keputusan peperiksaan dapat disediakan dengan lebih cekap, tepat dan cepat.

          
13.      

 

   
Tajuk Projek  KATALOG DALAM TALIAN BAGI MAKLUMAT DAN HARGA PERKHIDMATAN, SEWAAN & PRODUK DI INSTITUT BIOSAINS
PTJ  Institut Biosains
Nama Kumpulan  IBS GEMILANG

Sinopsis Projek

 

Biosains telah menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, sewaan dan jualan produk yang dapat menyokong penyelidikan di UPM dan di Malaysia serta
secara tidak langsung dapat menyumbang penjanaan pendapatan. Setakat Oktober 2023, IBS telah mempunyai sebanyak 248 jenis perkhidmatan, sewaan peralatan dan juga produk yang ditawarkan. Pada tahun 2024, dijangka 111 lagi jenis perkhidmatan, sewaan peralatan dan produk akan digunapakai (sedang di dalam proses kelulusan). Jumlah keseluruhan pada tahun 2024 adalah dijangka sebanyak 359.

Hasil tinjauan ke laman-laman web PTJ lain di UPM, didapati belum ada satu platform interaktif bagi capaian maklumat dan kadar perkhidmatan atau sewaan yang ditawarkan oleh PTJ. Inisiatif katalog atas talian yang interaktif ini dibangunkan adalah untuk membantu warga UPM dan pelanggan mendapatkan maklumat lebih mudah dan pantas bagi mendapatkan maklumat perkhidmatan, sewaan atau produk yang pihak ibs tawarkan.

Impak

Pelaksanaan          

  Kerangka kerja pembangunan VMAC adalah berteraskan elemen informatif, ketepatan dan keberkesanan yang memberi impak positif kepada PTJ dan Universiti seperti berikut:-
i. Relevan: Aplikasi pintar secara dalam talian yang dapat meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan pengurus kenderaan, pemandu dan
pengguna kenderaan untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat;
 ii. Signifikasi: Sistem yang lebih dinamik, responsif dan mesra pengguna;
 iii. lnovatif : Memaparkan maklumat berinformasi yang mengandungi paparan dashboard dan dilengkapi dengan analisis data kecekapan penggunaan
kenderaan;
 iv. Keberkesanan: Pengurangan kos operasi, penjimatan masa operasi dan mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan yang dapat membantu
memanjangkan jangka hayat kenderaan.

Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/4:12:24:35~noCache