Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.3 : Syarat Penganugerahan APEL.C | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.3 : Syarat Penganugerahan APEL.C

Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.3 : Syarat Penganugerahan APEL.C

​

   
     
Syarat penganugerahan APEL.C sebagaimana yang telah ditetapkandalam GGP APEL.C MQA adalah seperti berikut:
     
  (a) Pemberian kredit melalui APEL.C adalah dalam bentuk pemindahan kredit tanpa gred. Walau bagaimanapun, kredit diberikan untuk APEL.C akan dikira untuk keperluan jumlah kredit pengijazahan.
     
  (b) Peratusan maksimum pemindahan kredit melalui APEL.C adalah 30% daripada jumlah kredit pengijazahan sesuatu program pengajian. Peratusan ini adalah tambahan kepada peruntukan pemindahan kredit berdasarkan Dasar Pindah Kredit, MQA. Pemindahan kredit maksimum yang dibenarkan melalui APEL.C di  pelbagai peringkat MQF adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
     
  (c) Kredit yang diberikan melalui APEL.C boleh dipindahkan secara automatik ke program lain di dalam institusi yang sama sekiranya kursus tersebut telah dianugerahkan melalui APEL.C dan mempunyai hasil pembelajaran yang sama.
     
  (d) Kredit yang diberikan melalui APEL.C mestilah setara dengan nilai kredit bagi kursus yang dipohon APEL.C. Penganugerahan kredit separa adalah tidak dibenarkan.
     
  (e) Kredit yang dianugerahkan untuk sesuatu kursus hanya terpakai kepada kursus yang dipohon sahaja. Penganugerahan kredit adalah tidak terpakai secara automatik kepada kursus prasyarat bagi kursus tersebut (jika ada).
     
  (f) Penilaian untuk penganugerahan kredit perlu dijalankan secara berasingan bagi setiap kursus. Penganugerahan kredit tidak boleh diberikan secara blok atau berkelompok. Contohnya, penganugerahan kredit pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu yang disetarakan dengan kursus Asas Perakaunan tidak
boleh diberikan juga kepada kursus lain di dalam kelompok perakaunan.
     
  (g) Penganugerahan kredit APEL.C untuk program siswazah TERHAD kepada program kerja kursus dan mod campuran sahaja.
     
  (h) Kursus berasaskan projek seperti projek ilmiah dan disertasi tidak boleh diberikan penganugerahan APEL.C.
     
  (i) Penganugerahan kredit APEL.C untuk program profesional boleh dipertimbang tertakluk kepada kelulusan/persetujuan oleh badan profesional yang berkaitan.
     
   

Tarikh Input: 25/01/2024 | Kemaskini: 26/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDHAS~