Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.1 & 2.2 : Definisi & Dasar Umum APEL.C | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.1 & 2.2 : Definisi & Dasar Umum APEL.C

Buku APEL.C - Bahagian 2- 2.1 & 2.2 : Definisi & Dasar Umum APEL.C

 

 

2.1        Definisi APEL.C

 

APEL.C merupakan suatu mekanisme untuk mengiktiraf pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu pelajar yang telah dikenal pasti sebagai relevan dan telah mencapai hasil pembelajaran bagi sesuatu kursus (Course Learning Outcome, CLO). Dalam erti kata lain, APEL.C membolehkan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal; dan/atau pembelajaran bukan formal; dan/atau pembelajaran tidak formal yang diberikan kredit dan dipindahkan untuk menggantikan kursus-kursus yang telah disetarakan. Bentuk pembelajaran seumpama ini akan diteliti dan dinilai bagi menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku dan selari dengan hasil pembelajaran sesuatu kursus berkenaan.

     

2.1        Dasar Umum APEL.C

MQA dalam Guidelines to Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL.C) (GGP APEL.C) telah menetapkan dasar umum yang perlu dipatuhi dalam pelaksanaan APEL.C iaitu:

  (a) APEL.C boleh dimohon oleh pelajar berdaftar yang menggunakan kedua-dua kemasukan konvensional dan APEL.A;
     
  (b)

Penilaian pembelajaran yang dilakukan adalah termasuk pembelajaran yang diperoleh melalui Massive Open Online Courses (MOOC) atau mana-mana kaedah pembelajaran kendiri;

     
  (c)

PPT boleh melaksanakan APEL.C hanya selepas mendapat kelulusan MQA melalui permohonan APEL.C;

     
  (d)

APEL.C boleh dilaksanakan bagi semua bidang dan tahap kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Pelaksanaan APEL.C bagi tahap siswazah adalah TERHAD kepada kursus dalam program secara kerja kursus dan mod campuran;

     
  (e)

APEL.C hanya boleh dilaksanakan bagi kursus dalam program yang sekurang-kurangnya telah mendapat Akreditasi Sementara; dan

     
  (f) 

Kursus dalam program profesional boleh dipertimbang untuk APEL.C dengan kebenaran daripada badan profesional yang berkaitan.

Tarikh Input: 10/11/2023 | Kemaskini: 26/01/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXFDEAX~