UPM Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » UPM menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA)

UPM menjadi Tuan Rumah Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA)

 

 
     
 
     
 
     
 
     

22 Disember 2022, Serdang -  Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA) Bil.3/2022 yang diadakan di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM). Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail telah dijemput untuk menghadiri sesi ‘Meet and Greet’ sebelum bermulanya mesyuarat.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ketua pengurusan kualiti berkaitan perkhidmatan dan akademik dari 20 universiti awam (UA) dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Manakala UPM telah diwakili oleh Prof. Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (CADe). Mesyuarat MPQ-UA ini bertindak sebagai platform untuk wakil UA berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan penambahbaikan kualiti UA. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi turut terlibat dalam mesyuarat MPQ untuk memberikan pandangan, nasihat dan menjadi rujukan UA.

Sejurus selepas mesyuarat, ahli mesyuarat telah dibawa melawat Kelas Pintar atau Smart Classroom yang dikenali sebagai Thinker Space 2.0 di Fakulti Kejuruteraan sebelum makan tenagahari di L’apprenti .

Tarikh Input: 03/01/2023 | Kemaskini: 04/01/2023 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEaKAM~