18 April 2023, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Dokumentasi ISO secara dalam talian kepada semua Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Peneraju Proses (TPKD PP) dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Pusat Tanggungjawab (TPKD PTJ) lantikan baharu atau lantikan sedia ada yang belum menghadiri sesi taklimat dokumentasi yang dianjurkan oleh CQA sebelum ini. Seramai 9 orang peserta hadir pada sesi taklimat ini yang bertujuan untuk untuk menerangkan mengenai tatacara pengurusan dokumentasi ISO UPM yang perlu diambil perhatian oleh TPKD PP dan TPKD PTJ bagi memastikan proses pengurusan dokumentasi ISO di peringkat peneraju dan PTJ berjalan lancar. Taklimat ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh CQA sebagai persediaan menjalani Audit Dalaman UPM sepanjang April hingga Jun 2023. Taklimat disampaikan oleh Puan Shamriza Shari selaku Pegawai Kawalan Dokumen UPM yang menfokuskan kepada perkara-perkara berikut: 1) Terma lantikan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Peneraju Proses (TPKD PP) dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Pusat Tanggungjawab (TPKD PTJ); 2) Pengurusan Dokumen Terkawal ISO; 3) Pengurusan Dokumen Rujukan Dalaman dan Luaran; 4) Semakan Dokumen Belum Pinda Tahun 2019; dan 5) Semakan Kod Klasifikasi Fail dalam Prosedur ISO. Taklimat ini juga dilihat sebagai satu medan untuk mendapatkan maklum balas daripada TPKD berhubung perkara-perkara yang boleh ditambahbaik dalam pelaksanaan pengurusan dokumentasi ISO di UPM secara keseluruhan. |
Tarikh Input: 03/05/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor