Sesi Perkongsian VBE : Implementation @UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Sesi Perkongsian VBE : Implementation @UPM

Sesi Perkongsian VBE : Implementation @UPM

 

23 Jun 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Values-Based Education (VBE): Implementation @UPM pada 23 Jun 2026 melalui platform Zoom Meeting.

Pelaksanaan Pendidikan Berteraskan Nilai atau Values-Based Education dalam pembangunan dan penyampaian program adalah sejajar dengan keperluan MQF Edisi Ke-2 2024 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan VBE yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2026 diharap dapat membentuk graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah utuh dari segi sahsiah dan nilai kemanusiaan.

Sesi webinar yang telah dikendalikan oleh Cik Aidawati Ramali, Ketua Seksyen Audit Institusi, Jaminan Kualiti Akademik telah menjemput Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Pengarah CQA UPM selaku Ketua Jawatankuasa Latihan MPQ-UA untuk menyampaikan ucapan aluan dan diikuti dengan Timbalan Pengerusi MPQ-UA, Profesor Dr. Azura A. Rashid untuk menyampaikan ucapan pembukaan.

Sejurus selepas itu, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad, Pengarah, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), yang merupakan pakar VBE UPM telah dijemput untuk menyampaikan perkongsian. Webinar ini telah dihadiri seramai 71 orang daripada 16 universiti awam dan turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan kolej komuniti dan politeknik kerana mencatatkan sebanyak 52 orang penyertaan daripada 21 institusi. Untuk rekod, paparan di skrin zoom mencatatkan tontonan sebanyak 299 penyertaan manakala sebanyak 123 kehadiran yang direkodkan.

 
       
  Berita disediakan oleh   :Aidawati Ramali    |  Seksyen Audit Institusi    |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 02/08/2026 | Kemaskini: 04/08/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (12:21:28pm-12:26:28pm, 10 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]