|
10 Februari 2026, Lenggeng– Seramai 3 orang pegawai daripada Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Puan Siti Fatimah Hasim dan Cik Nor Syazila Abdul Rahim telah menghadiri sesi perbincangan bersama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan bagi tujuan pelaksanaan Projek Jaringan Komuniti CQA - Program Aspirasi Kualiti Akademik dan Kualiti Perkhidmatan. Sebagai latar belakang, CQA, UPM merupakan peneraju utama bagi acara Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP), UPM. Program yang dilaksanakan secara dwitahunan ini merupakan inisiatif khusus bagi menterjemahkan penghargaan pihak UPM kepada seluruh warga kerja UPM. Pemfokusan adalah terhadap pendekatan dan pengamalan proses budaya kerja berkualiti, kreatif dan inovatif yang ditonjolkan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Program ini berperanan sebagai platform strategik dalam memupuk dan memperkukuh pembudayaan kualiti yang berorientasikan penambahbaikan berterusan, khususnya dalam kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana di UPM. Jaringan Komuniti merupakan salah satu komponen transformasi pengurusan pentadbiran yang dinilai. Elemen penting ini adalah bertujuan menyahut seruan pemindahan ilmu kepada komuniti. CQA, UPM merancang inisiatif strategik bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan untuk memperkasa pemahaman pelajar dan guru terhadap kepentingan jaminan kualiti akademik dan jaminan kualiti perkhidmatan bagi institusi pendidikan. Program ini menumpukan kepada pengenalan kepentingan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam bidang pengajian, laluan kerjaya selepas SPM, dan pendedahan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta Kelestarian Hijau sebagai amalan budaya kerja berkualiti di peringkat sekolah. Inisiatif ini diharapkan dapat menyemai semangat ingin tahu, keterbukaan terhadap ilmu serta meningkatkan profesionalisme warga sekolah khasnya pelajar dan guru terhadap aspek jaminan kualiti dalam bidang akademik dan perkhidmatan pendidikan yang lebih berimpak dan sistematik. Tempoh program yang berlangsung selama setahun bermula Julai 2025 ini dimulakan dengan fasa perancangan program, diikuti oleh pelaksanaan aktiviti pemindahan ilmu, pemantauan terhadap perkembangan pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi peserta, serta penilaian terhadap perubahan amalan dan penghakupayaan komuniti. Program ini dirangka secara teliti dengan aktiviti di lapangan dijadualkan pada 23 April 2026, bagi memastikan impak berterusan hasil perkongsian ilmu oleh pihak CQA, UPM ini sebagai sumbang bakti yang bernilai tinggi dalam pembentukan sahsiah dan jati diri para pelajar yang berkualiti dengan semangat kecintaan terhadap ilmu.
Objektif Program
|
![]() |
||
| Berita ditulis oleh | : Siti Fatimah Hasim | Seksyen Pembudayaan Kualiti | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 19/03/2026 | Kemaskini: 03/05/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor