Penyertaan Staf CQA Dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Penyertaan Staf CQA dalam Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2024

Penyertaan Staf CQA dalam Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2024

     

20 September 2024, Serdang – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2024 yang berlangsung pada 8 hingga 16 Ogos 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).  UPM telah berjaya mengekalkan status juara keseluruhan dalam SUKUM 2024 kali ke-45 tersebut.

Seramai tiga (3) orang staf Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah terlibat dalam kejohanan tersebut bagi sukan bola jaring dan bola sepak.  Staf yang terlibat adalah Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, Puan Nurainakmal Kamal Bahrin, Ketua Seksyen Dokumentasi dan Encik Izzul Muzakkir Aris, Pembantu Tadbir Seksyen Audit Kualiti.

Pasukan bola jaring diketuai oleh Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria yang merupakan Pengurus Pasukan dan Puan Nurainakmal Kamal Bahrin sebagai Kapten Pasukan Bola Jaring UPM bagi SUKUM 2024 dan seramai 12 pemain yang terlibat.  Perlawanan bola jaring telah berlangsung pada 11-12 Ogos 2024 dan pasukan UPM telah melepasi perlawanan peringkat kumpulan dengan kedudukan Naib Johan Kumpulan yang telah berentap dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).  Pasukan Bola Jaring UPM telah mara ke peringkat Suku Akhir berlawan dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan tewas dengan mata akhir 25-28.

Secara ringkasnya, pasukan Bola Sepak Senior UPM terdiri daripada 19 pemain dan tiga (3) orang pengurusan yang diketuai oleh Encik Abdul Hadi bin Abdul Rahman dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Jurulatih), Encik Osman bin Asnawi (Pengurus) dan Encik Hariz Fazrin bin Mohd Nazri (Kapten Pasukan) masing-masing dari Fakulti Perubatan Veterinar.  Perlawanan bola sepak ini berlangsung pada 12-13 Ogos 2024.  Pasukan Bola Sepak Senior UPM ini telah tewas di peringkat Kumpulan yang telah berentap dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Encik Izzul Muzakkir merupakan pemain penyerang atau pemain sayap sisi kiri dalam pasukan bola sepak tersebut.

Penglibatan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh staf amat membanggakan PTJ secara khususnya dan UPM secara amnya.

     

Tarikh Input: 20/09/2024 | Kemaskini: 16/10/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/7:0:34:04~noCache