|
18 – 21 Mei 2026, Putrajaya - Seramai 2 orang pegawai Pusat Jaminan Kualiti (CQA) iaitu Prof. Madya Dr. Noor Syamilah (Pengarah CQA), Cik Aidawati (Ketua Seksyen Audit Institusi) bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Profesor Ir. Dr. Abd. Rahim dan Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Yazdi (Felo Bersekutu CQA) telah mengikuti kursus Certified Officer in Quality Assurance of Higher Education Training Programme Tier 3 anjuran Malaysian Qualification Agency (MQA) bertempat di Hotel Palm Garden, Putrajaya pada 18 hingga 21 Mei 2026. Antara barisan tenaga pengajar yang mengendalikan sesi perkongsian Kursus MQA Tier 3 adalah Dr. Hazman Shah Abdullah dan Professor Dr. Hanim Salleh yang merangkumi dua (2) modul iaitu:
Bagi menguji tahap kefahaman dan kompetensi, peserta telah diberikan tugasan berkumpulan dan perlu menjalani sesi temubual secara atas talian yang dikendalikan oleh tenaga pengajar selepas tamat program. Tahniah buat semua Pegawai CQA dan Felo Bersekutu atas kegigihan dan dedikasi yang ditunjukkan dalam melengkapkan semua peringkat program latihan sehingga Tier 3 ke arah menjadi Pegawai Jaminan Kualiti yang bertauliah. |
![]() |
||
| Berita ditulis oleh | : Aidawati Ramali | Seksyen Audit Institusi | Pusat Jaminan Kualiti |
Tarikh Input: 07/06/2026 | Kemaskini: 07/06/2026 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor