Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti - Universiti Awam (MPQ-UA) Bil. 3/2024 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti - Universiti Awam (MPQ-UA) Bil. 3/2024

Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti - Universiti Awam (MPQ-UA) Bil. 3/2024

     

23 Julai 2024, Kuala Terengganu –Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti - Universiti Awam (MPQ-UA) Bil. 3/2024 yang diadakan di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Teregganu pada 23 Julai 2024 telah dihadiri oleh ketua pengurusan kualiti berkaitan perkhidmatan dan akademik dari 20 universiti awam (UA) dan pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Manakala UPM telah diwakili oleh Cik Aidawati Ramali, Ketua Seksyen Data Program, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) dan Prof. Madya Dr. Suriana Sabri, Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead).

Mesyuarat MPQ-UA merupakan platform untuk wakil UA berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan penambahbaikan kualiti UA. MQA dan Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi turut terlibat dalam mesyuarat MPQ untuk memberikan pandangan, nasihat dan menjadi rujukan UA. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal bin Zakaria Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Malaysia Sabah.

Antara intipati perbincangan yang ada menyentuh kepentingan UPM adalah berkaitan pelantikan panel penilai luar yang pakar bidang dimana UPM menggunakan platform ini untuk mencadangkan laman sesawang MPQ-UA dijadikan medan UA berkongsi senarai panel penilai yang berpengalaman dalam audit program sebagai rujukan UA membuat pelantikan panel penilai luar.

Bagi meraikan kedatangan semua ahli mesyuarat, Pusat Perancangan Strategik, Risiko & Pengurusan Kualiti (SPaRQM) Universiti Sultan Zainal Abidin selaku urusetia bersama telah mengadakan majlis makan malam di Elysium Hall, Drawbridge pada 22 Julai 2024.

     
 
 

 

Tarikh Input: 02/08/2024 | Kemaskini: 02/08/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/6:20:57:10~noCache