6 Disember 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Universiti Putra Malaysia Kali Ke-14 bagi Tahun 2024 pada 19 September 2024 bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canselori Putra. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah ini diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali dengan tujuan melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO QMS dan ISMS secara berkala bagi memastikan ia terus sesuai, mencukupi, dan berkesan; membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada ISO termasuk Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti, Dasar dan Objektif ISMS; serta meneliti laporan yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai bagi memastikan sistem penyampaian Universiti Putra Malaysia adalah berkesan. Keahlian MKSP ini turut dianggotai oleh Wakil Pengurusan (Pengarah CQA), semua Timbalan Naib Canselor, semua Ketua Pusat Tanggungjawab, Timbalan Wakil Pengurusan ISMS, Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tanggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen (PKD), Penyelaras Audit (PAD), Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU), Penyelaras Latihan Staf (PLS) dan Pegawai Rekod Jabatan Universiti (PRJU) serta Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti yang bertindak sebagai Setiausaha. |
||
![]() |
||
|
||
![]() |
||
|
||
![]() |
Tarikh Input: 06/12/2024 | Kemaskini: 06/12/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor