Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2022 | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2022

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Universiti Putra Malaysia Tahun 2022

20 September 2022 – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Mesyuarat Kajian Semula  Pengurusan  (MKSP) ISO Sistem  Pengurusan Kualiti  (QMS)

dan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Kali Ke-12 Universiti Putra Malaysia Tahun 2022 secara hibrid iaitu di Dewan Senat, Canseleri Putra

serta di atas talian melalui Aplikasi Zoom. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman ini diadakan

sekurang-kurangnya setahun sekali dengan tujuan melaksanakan semakan pengurusan ke atas sistem pengurusan ISO secara berkala bagi memastikan terus

sesuai, mencukupi, dan berkesan; membuat penilaian ke atas peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada ISO termasuk: Dasar Kualiti dan

Objektif Kualiti, Dasar dan Objektif ISMS; dan meneliti laporan yang berkaitan dan membuat keputusan yang sesuai.

 

Mesyuarat ini turut dihadiri Wakil Pengurusan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Ketua Pusat Tanggungjawab (Dekan, Pengarah, Pengetua), Timbalan Wakil

Pengurusan ISMS, Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP), Timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tanggungjawab (TWP PTJ), Pegawai Kawalan Dokumen (PKD),

Penyelaras Audit Dalam (PAD), Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU), Penyelaras Latihan Staf (PLS) dan Pegawai Rekod Jabatan Universiti (PRJU).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEYSA6~