Lawatan Penandaarasan Pusat Swa-Akreditasi, Universiti Sains Malaysia | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Pusat Swa-Akreditasi, Universiti Sains Malaysia

Lawatan Penandaarasan Pusat Swa-Akreditasi, Universiti Sains Malaysia

     

28 Januari 2025, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Swa-akreditasi, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 5 Disember 2024 yang telah diketuai oleh Prof. Dr. Azura Abd. Rashid, selaku Pengarah, Pusat Swa-akreditasi USM. Turut serta dalam lawatan penandaarasan ini adalah lima (5) orang staf beliau.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan proses, sistem serta dokumentasi yang melibatkan pengurusan kualiti dan akreditasi di samping ingin membina jaringan kerjasama dengan Universiti yang berstatus Swaakreditasi.

     
     

Lawatan tersebut telah disantuni oleh Timbalan Pengarah CQA, Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria dari Jaminan Kualiti Akademik dan Pn. Hajah Haslida Hassan dari Jaminan Kualiti Perkhidmatan. Manakala sesi pembentangan telah dikendalikan oleh Ketua Seksyen di bawah Jaminan Kualiti Akademik yang terdiri daripada Cik Hajah Aidawati Ramali (Ketua Seksyen Data Program), Puan Rahmawati Umar (Ketua Seksyen Audit Program) dan Puan Shaerin Azlin Ab Rahman (Ketua Seksyen Audit Institusi).

Secara keseluruhan, sesi perbincangan selama tiga jam ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar pandangan mengenai pengurusan dan pelaksanaan kualiti akademik yang terbaik serta bersesuaian untuk dilaksanakan di Universiti masing-masing. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pihak USM untuk mengadakan lawatan penandaarasan ke Universiti Malaysia Sabah bersama-sama CQA UPM.

     

Tarikh Input: 31/01/2025 | Kemaskini: 02/02/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/6:23:52:03~noCache