|
13 Oktober 2025, Petaling Jaya - Jaminan Kualiti Akademik telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Monash University Malaysia pada 13 Oktober 2025. Delegasi dari CQA seramai 5 orang telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah (Pengarah), Dr. Zufarzaana Zulkeflee (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik), Cik Aidawati Ramali (Ketua, Seksyen Audit Institusi), Pn. Shaerin Azrin Ab Rahman (Ketua, Seksyen Audit Program) dan Pn. Rahmawati Umar (Ketua, Seksyen Data Program). Turut serta dalam lawatan tersebut delegasi dari Fakulti Kejuruteraan UPM yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Razif Harun (Timbalan Dekan, Siswazah dan Antarabangsa), En. Sazwan Ishak (Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan dan Kualiti Program) dan En. Farris Danial Ahmad Fadzil (Pegawai Eksekutif, Unit Jaringan Antarabangsa). Berdasarkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Monash University Malaysia telah dinobatkan sebagai institusi berprestasi tinggi di kalangan 19 universiti swaakreditasi di Malaysia dengan memperoleh markah cemerlang melepasi 90% dalam tiga bidang yang dinilai merentasi empat bidang utama iaitu Kepimpinan dan Tadbir Urus Institusi, Pembangunan dan Pengurusan Akademik, Bakat dan Sumber, serta Peningkatan Kualiti dan Kelestarian Berterusan. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk CQA UPM mempelajari amalan terbaik proses akreditasi dalaman Universiti Monash dan pelaksanaan serta pemantauan peningkatan kualiti berterusan. Manakala pihak Fakulti Kejuruteraan UPM pula berkongsi pengalaman dalam proses dan pelaksanaan program PhD secara industri di UPM. |
![]() |
Berita ditulis oleh : Aidawati Ramali | Seksyen Audit Institusi | Pusat Jaminan Kualiti
Tarikh Input: 17/11/2025 | Kemaskini: 02/12/2025 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor