28 Mei 2024, Bangi – Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 28 Mei 2024. Lawatan ini dihadiri oleh Puan Haslida Hassan (Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan), Ts. Shahril Iskandar Amir (Timbalan Wakil Pengurusan, ISMS), Ts. Wan Hafizi Wan Umar (Penyelaras Penilaian Risiko ISMS), Puan Nurainakmal Kamal Bahrin (Penyelaras ISMS) dan Puan Zenaida Zainon (Penolong Pendaftar Kanan). Lawatan ini bertujuan untuk melihat proses pelaksanaan peralihan Standard ISMS daripada versi 2013 kepada versi 2022 oleh pihak UKM. Ini kerana UKM telah melalui Audit SIRIM ISMS berdasarkan keperluan Standard ISO/IEC 27001:2022 pada 13 hingga 15 Mei 2024 yang lalu. Sesi perkongsian lawatan ini merangkumi maklumat berkenaan skop Pensijilan ISMS dan entiti yang terlibat, proses gerak kerja peralihan standard ISMS Versi 2022 dan keadah yang diguna pakai dalam Pelaksanaan Penilaian Risiko ISMS yang dibentang oleh Profesor Madya Dr. Malina Jasamai, Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan Kualiti), Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti UKM), UKM. Turut hadir bersama-sama dalam sesi perkongsian lawatan adalah di kalangan Jawatankuasa Induk ISMS UKM. Melalui sesi pembentangan yang disampaikan oleh pihak UKM, CQA UPM mengambil perhatian berkenaan keluasan skop ISMS dan penglibatan Pusat Tanggungjawab Utama dan Sokongan UKM yang terlibat dalam pelaksanaan ISMS yang menyeluruh di UKM. Antara proses yang terlibat adalah:
Secara keseluruhannya, sesi perkongsian selama dua jam setengah ini memberi impak yang positif kepada kedua-dua Universiti kerana dapat berkongsi maklumat serta bertukar idea berkenaan pengurusan dan pelaksanaan ISMS yang terbaik serta bersesuaian dengan kapasiti Universiti masing-masing.
|
||
![]() |
||
![]() |
Tarikh Input: 02/08/2024 | Kemaskini: 02/08/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor