LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI SHINSHU, JAPAN KE PUSAT JAMINAN KUALITI, UPM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI SHINSHU, JAPAN KE PUSAT JAMINAN KUALITI, UPM

LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI SHINSHU, JAPAN KE PUSAT JAMINAN KUALITI, UPM

12 September 2019, Serdang – Sekitar kurang lebih jam 9.30 Pagi tadi, bertempat di Bilik Lembaga, Aras 1, Bangunan Canselori, UPM telah menerima pelawat dari Universiti Shinshu, Japan.  Delegasi seramai 3 orang telah hadir pada hari kejadian.  Sesi taklimat diberikan oleh Profesor Dr. Amin Ismail, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti dan  Datin Dr. Mariani Ho Nyuk Onn @ Ariffin Timbalan Wakil Pengurusan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) . Rombongan tersebut merupakan wakil Universiti Shinshu yang dihadiri oleh Dr. Kentaro Kanazawa (Ketua Deligasi), Dr. Iku Asano dan Encik Eiji Nomura.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk melihat pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar di UPM.   Pertemuan singkat tersebut juga berkisar kepada perkongsian informasi pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar di UPM dan di Universiti Shinshu, Japan.  Perkongsian ini dilihat berjaya di samping terdapat sesi soal jawab sepanjang program yang digunakan secara baik oleh kedua-dua pihak.  Semoga lawatan seumpama ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengembangkan ilmu dan kaedah yang digunapakai.

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/09/2019 | Kemaskini: 25/09/2019 | normuliana

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXEZGAa~