Lawatan Penanda Aras Oleh Pusat Jaminan Kualiti, USIM | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Jaminan Kualiti, USIM

Lawatan Penanda Aras oleh Pusat Jaminan Kualiti, USIM

 
29 Mac 2022, Serdang -Pusat Jaminan Kualiti (CQA),UPM telah menerima kunjungan delegasi dari Pusat Jaminan Kualiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang melaksanakan penanda aras dengan CQA,UPM pada 29 Mac 2022. dengan disertai seramai 5 orang yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar (Pengarah), Dr. Marinah Othman (Timbalan Pengarah) dan 3 orang staf P&P dan Pelaksana.

 

Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan perkongsian pengalaman UPM kearah persediaan mmendapatkan status swaakreditasi. Delegasi tersebut telah disantuni pihak CQA iaitu Prof. Dr. Amin Ismail (Pengarah), Prof. Dr. Noor Azman Ali (Timbalan Pengarah), Pn. Haslida Hassan (Ketua, Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan) dan Pn. Nurhanisah Sadun (Ketua, Bahagian Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi).

 
 

Tarikh Input: 08/05/2022 | Kemaskini: 08/07/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXDcTAm~