Lawatan Penanda Aras EKSA Oleh Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM)

Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM)

13 September 2022, Serdang – Universiti Putra Malaysia telah menerima delegasi 21 orang pelawat daripada Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) yang diketuai oleh Puan Noraini Camarudin

bertujuan untuk membuat penanda arasan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diamalkan di UPM. Pelawat telah dibawa ke dua (2) Pusat Tanggungjawab yang telah melaksanakan EKSA

dengan cemerlang iaitu Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Fakulti Kejuruteraan. Sesi lawatan dimulai dengan Aluan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan,

Pusat Jaminan Kualiti dan seterusnya taklimat pelaksanaan EKSA oleh wakil PTJ sebelum pelawat dibawa melihat pelaksanaan EKSA di ruang tempat kerja di kedua-dua PTJ terlibat. Lawatan ini telah mencapai

objektif yang dihasratkan oleh pihak IPKKM dan pihak UPM telah dipelawa untuk membuat lawatan balas ke agensi mereka pada masa hadapan.

 

 
     
 

 

   

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
SXETWAp~