|
||
14 Mei 2025, Bintulu - Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengambil inisiatif menyampaikan taklimat bertajuk “Panduan Penulisan Dokumen Program Berdasarkan COPPA” bersempena dengan Program Jerayawara Jaminan Kualiti Akademik (JJKA) di UPM Kampus Bintulu pada 14 -15 Mei 2025. Sesi ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta. |
||
Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik telah memberi penerangan secara komprehensif bagi memastikan pihak fakulti jelas terhadap penyediaan dokumen COPPA tersebut. Antara topik yang ditekankan adalah mengenai Kandungan Umum Keperluan COPPA, Tiga Kolumnar Pemetaan MQA, Kepentingan serta Strategi Penyediaan Dokumen Program dan akhir sekali berkenaan Strategi Penyediaan Dokumen MQA-01 dan MQA-02.
|
||
|
||
Sasaran peserta yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan Penyelaras Program adalah sangat bertepatan di mana menerusi taklimat ini sekaligus ianya membuka ruang untuk pihak fakulti mengajukan sebarang persoalan yang sedang dihadapi di dalam penyediaan dokumen COPPA. Agenda ini selanjutnya disusuli dengan dengan Taklimat Panduan Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) pada hari kedua program JJKA bersama-sama dengan Felo Bersekutu Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustaffa untuk menerangkan maklumat tekini bagi penyediaan PSRR di dalam Dokumen COPPA. | ||
Taklimat ini diharapkan dapat membantu pihak fakulti khususnya di UPM Kampus Bintulu dalam memastikan fakulti sentiasa mematuhi jaminan kualiti program pengajian yang ditawarkan.
|
||
![]() |
Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor