Latihan Pemahaman IQAF Dan Rubrik Tahap Pencapaian | PUSAT JAMINAN KUALITI cqa
» BERITA » Latihan Pemahaman IQAF dan Rubrik Tahap Pencapaian

Latihan Pemahaman IQAF dan Rubrik Tahap Pencapaian

 

13 Julai 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Kualiti-Universiti Awam (MPQ-UA) telah menganjurkan Latihan Pemahaman Institutional Quality Audit Framework (IQAF) dan Rubrik Tahap Pencapaian IQAF pada 13 Julai 2026 bertempat di Auditorium Mini 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.

Pelaksanaan latihan dibawah kendalian Seksyen Audit Institusi, Jaminan Kualiti Akademik adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada universiti berstatus swaakreditasi berkenaan penggunaan Institutional Quality Audit Framework (IQAF) yang diluncurkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 17 Disember 2025 dengan menjemput Penulis Standard IQAF, Prof. Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad yang juga merupakan Pengarah, Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Sebelum bermulanya sesi latihan, Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Pengarah CQA UPM selaku Ketua Jawatankuasa Latihan MPQ-UA telah menyampaikan ucapan aluan manakala di akhir sesi latihan, Timbalan Pengerusi MPQ-UA, Profesor Dr. Azura A. Rashid telah dijemput untuk menyampaikan ucapan penutupan.

Pelaksanaan latihan ini telah berjaya mengumpul sebanyak  74 orang daripada 11 Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT). Terdapat seramai 66 orang peserta dari 8 Universiti Awam terdiri daripada UPM (39 orang), UTeM (3 orang), UKM (3 orang), UIAM (6 orang), UPSI (2 orang), USM (7 orang) dan UM (3 orang).  Manakala 3 Universiti Swasta turut menghantar 8 orang peserta yang terdiri daripada Taylor’s Universiti (4 orang), Multimedia University (3 orang) dan Curtin University (1 orang).

Melaui latihan ini diharap dapat memantapkan kefahaman peserta daripada Universiti Awam (UA) berkaitan kriteria dan standard serta rubrik IQAF untuk dijadikan panduan kepada UA yang akan mengemukan permohonan baharu mahupun bakal menjalani pematuhan status swaakeditasi kelak.

 
       
  Berita disediakan oleh   :Aidawati Ramali    |  Seksyen Audit Institusi    |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 02/08/2026 | Kemaskini: 05/08/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W, (01:36:16am-01:41:16am, 07 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]