Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Amalan EKSA | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Amalan EKSA

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Amalan EKSA

 

4 Mac 2026, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai rujukan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam melaksanakan pengurusan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berimej korporat, selaras dengan keperluan penilaian EKSA. Garis Panduan ini telah berkuat kuasa mulai tahun 2020 dan sentiasa disemak serta ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan dan perkembangan semasa.  Bagi memastikan Garis Panduan tersebut kekal relevan dan berkesan, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh pasukan Ketua Fasilitator. Justeru, semua Fasilitator EKSA UPM dijemput ke Bengkel Pemurniaan Garis Panduan EKSA, UPM pada 20 Januari 2026, bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia bagi memurnikan kandungan Garis Panduan tersebut sebelum ia dikuatkuasakan. 

Garis Panduan EKSA ini mengandungi:

  • Penyataan Komitmen EKSA
  • Visi & Misi EKSA UPM
  • Objektif Pelaksanaan EKSA UPM
  • Moto & Logo EKSA UPM
  • Carta Organisasi EKSA UPM
  • Bab 1 : Tujuan EKSA UPM
  • Bab 2 : Pengenalan EKSA UPM
  • Bab 3 : Faedah Pelaksanaan EKSA PTJ UPM
  • Bab 4 : Pelaksanaan EKSA PTJ UPM
  • Bab 5 : Audit Dalaman EKSA PTJ UPM
  • Bab 6 : Standard Penyeragaman EKSA UPM

Kandungan ini merangkumi lima komponen EKSA iaitu:

  • Komponen A: Keperluan Utama Pelaksanaan
  • Komponen B: Ruang Tempat Kerja/Pejabat
  • Komponen C: Tempat Umum
  • Komponen D: Keselamatan Persekitaran
  • Komponen E: Kawasan Persekitaran Jabatan
    • E1: Agensi Mempunyai Bangunan dan Kawasan Sendiri
    • E2: Agensi Mempunyai Bangunan dan Berkongsi Kawasan
  • Komponen F: Tempat-Tempat Khusus (Sesuai Mengikut Keperluan Agensi)

Rentetan daripada bengkel tersebut, terdapat satu lagi bengkel pemurniaan garis panduan EKSA untuk memberi fokus dan penelitian lanjut kepada rubrik penilaian kepada Komponen F: Tempat-tempat khusus (sesuai mengikut keperluan agensi).  Bengkel ini diadakan pada 4 Mac 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat, Pusat Jaminan Kualiti melibatkan fasilitator mengikut skop PTJ.

 
       
  Berita ditulis oleh   : Nurainakmal Kamal Bahrin    |  Seksyen Dokumentasi   |  Pusat Jaminan Kualiti

Tarikh Input: 19/03/2026 | Kemaskini: 03/05/2026 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
X, (07:10:58am-07:15:58am, 29 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]