24 Oktober 2024, Serdang – Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah mengadakan Bengkel Audit Audit Dalaman: Menjawab Laporan Ketakakuran (NCR) dengan Berkesan Tahun 2024 pada 22 Ogos 2024 (Khamis), bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Bengkel ini diadakan dengan objektif untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) dan Timbalan Penyelaras Audit (TPAD) Pusat Tanggungjawab (PTJ), sebagai auditi, dari aspek teknik menjawab laporan ketakakuran (NCR) dengan berkesan. Tuan Haji Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar dari Pusat Asasi Sains UPM, yang juga Felo Bersekutu CQA, telah bertindak sebagai fasilitator dalam pelaksanaan bengkel ini. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 49 orang TWP, TPAD dan wakil PTJ bagi memastikan PTJ mengambil tindakan yang betul dan berkesan ke atas penemuan ketakakuran (NCR) yang diperolehi semasa audit dalaman PTJ. Tindakan yang berkesan dalam menjawab laporan NCR adalah penting untuk memastikan penemuan tersebut tidak berulang. Bengkel turut dihadiri oleh Puan Haslida Hassan, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Perkhidmatan, CQA. Bengkel dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Haji Mat Razi Abdullah dan diikuti dengan perbincangan kumpulan bagi kajian kes yang telah diberikan. Sesi bengkel diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan rumusan oleh Tuan Haji, bagi memastikan setiap peserta memahami dan dapat mencapai tujuan dan objektif bengkel yang diadakan. |
||
![]() |
||
![]() |
![]() |
|
![]() |
||
![]() |
Tarikh Input: 31/10/2024 | Kemaskini: 01/11/2024 | aidawati
(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor