![]() |
||
STRUKTUR JAMINAN KUALITI UPM
Struktur Jaminan Kualiti UPM diketuai oleh Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) sebagai Wakil Pengurusan. Menerusi ISO versi 9001:2015 kewajipan untuk sesebuah organisasi mempunyai Wakil Pengurusan bukan lagi satu keperluan mengikut standard, namun UPM masih lagi mengekalkan jawatan Wakil Pengurusan bagi menzahirkan tadbir urus yang berstruktur dan cekap. CQA masih memegang tanggungjawab perkhidmatan sokongan, dokumentasi dan audit kualiti. Urusan perkhidmatan sokongan diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, CQA. Hal ehwal dokumentasi dan audit kualiti masing-masing dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Kawalan Dokumen dan Penyelaras Audit di CQA. Pengurusan pelanggan diletakkan di bawah tanggungjawab Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti di Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), manakala urusan rekod dan klasifikasi fail serta latihan dan kompetensi diletakkan di bawah tanggungjawab Pegawai Rekod Jabatan Universiti dan Penyelaras Latihan Staf di Pejabat Pendaftar. Jaminan Kualiti Akademik bagi Skop Prauniversiti, Prasiswazah dan Siswazah, masing-masing dipertanggungjawabkan kepada Pusat Asasi Sains Pertanian, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik serta Sekolah Pengajian Siswazah manakala bagi Jaminan Kualiti Penyelidikan dan Inovasi dipertanggungjawabkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Struktur Jaminan Kualiti UPM adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 12.
Rajah 12 : Struktur Jaminan Kualiti UPM STRUKTUR ORGANISASI JAMINAN KUALITI PERKHIDMATAN UPM
Rajah 13 : Struktur Organisasi Jaminan Kualiti Perkhidmatan UPM
Rajah 13 menunjukkan Struktur Organisasi Jaminan Kualiti Perkhidmatan UPM yang dinaungi oleh Naib Canselor dan diterajui oleh Wakil Pengurusan serta dibantu oleh Penolong Wakil Pengurusan di CQA. Wakil Pengurusan turut dibantu oleh Penolong Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) serta para Timbalan Wakil Pengurusan Peneraju Proses (TWP PP) dan Timbalan Wakil Pengurusan Pusat Tanggungjawab (TWP PTJ). Bagi menyelaras dan membantu Wakil Pengurusan dalam urusan perkhidmatan sokongan, dokumentasi, audit kualiti, rekod, sumber manusia dan kompetensi, diwujudkan jawatan Pegawai Kawalan Dokumen (PKD) Universiti, Penyelaras Audit (PAD) Universiti, Penyelaras Kepuasan Pelanggan Universiti (PKPU), Penyelaras Latihan Staf (PLS) Universiti dan Pegawai Rekod Jabatan Universiti (PRJU). Kesemua pegawai kualiti ini dibantu oleh Timbalan-Timbalan mengikut jawatan / portfolio iaitu Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen Peneraju Proses / Pusat Tanggungjawab (TPKD PP/TPKD PTJ), Timbalan Penyelaras Audit (TPAD), Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP), Timbalan Penyelaras Latihan Staf (TPLS) dan Pegawai Rekod Jabatan Pusat Tanggungjawab (PRJ PTJ).
PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN KESELURUHAN SISTEM KUALITI DI UPM Pengurusan dan pemantauan keseluruhan Sistem Kualiti UPM adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 14.
Rajah 14 : Pengurusan dan Pemantauan Keseluruhan Sistem Kualiti UPM
Sistem Pengurusan ISO diurus dengan pembentukan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang menjalankan fungsi tertentu bagi memastikan pengurusan kualiti berjalan dengan lancar. Jawatankuasa yang tertinggi di peringkat UPM adalah Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), diikuti oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti manakala di peringkat Peneraju Proses adalah Mesyuarat Semakan Keberkesanan Proses (MSKP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ISMS. |
Tarikh Input: 28/04/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | aidawati
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor