Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.
Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu
perlu dilakukan bagi menjayakan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.
"Pada saya, kerajaan sepatutnya bukan sahaja menggalakkan pengguna menggunakan barang tempatan, tetapi kerajaan
juga perlu memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan. "Secara mudahnya, barang asas
seperti beras, adakah beras keluaran tempatan mampu memenuhi permintaan? Tidak cukup. Kerana ia lebih kurang 60
peratus sahaja. Sepatutnya kena 100 peratus keluaran tempatan".
"Kalau nak pengguna guna beras tempatan, maka perlu tambah lagi 40 peratus produktiviti, baru kempen guna barang
tempatan akan berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Mampukah Malaysia Atasi Inflasi?'
yang berlangsung pada 17 Mei 2022.Selain isu pengeluaran beras tempatan, Noor Azman berkata, tanaman kelapa juga
sepatutnya tiada masalah pengeluaran dalam negara.
"Negara kita sepatutnya tidak ada masalah untuk menanam buah kelapa ini. Namun, kita mengimport buah kelapa.
Sehinggalah kita dapat pastikan cukupnya buah kelapa tempatan, baru kita boleh menggesa, meminta dan memastikan
pengguna kita menggunakan barangan tempatan," katanya.
Bagaimanapun, menurut Noor Azman, polisi kepenggunaan melalui kempen menggunakan barangan tempatan sememangnya
diakui sebagai antara tiga langkah umum dalam membendung inflasi, selain polisi kewangan dan polisi fiskal.
"Polisi kewangan, secara tidak langsung, mengurangkan perbelanjaan pengguna melalui perbankan.Dengan kenaikan Kadar
Dasar Semalaman (OPR), simpanan meningkat, jadi pengguna ada dua pilihan, sama ada berbelanja atau melabur. Kenaikan
OPR dapat mengurangkan dan mengawal pengguna berbelanja," tambahnya.
Sumber dipetik dari | ![]() |
Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 30/08/2022 | aidawati
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor