Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (20 & 21) | PUSAT JAMINAN KUALITI
» ARTIKEL » Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (20 & 21)

Buku Inovasi Perkhidmatan UPM - Bab 1: Projek Inovasi Perkhidmatan (20 & 21)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN     
FINALIS HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM 2024     
20.         Tajuk Projek  Urban Trellis
PTJ  Fakulti Pertanian
Nama Kumpulan  Agri Squad

Sinopsis Projek 

Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan jenis tanaman yang memerlukan struktur sokongan di ruangan yang sangat terhad.

Impak

Pelaksanaan        

 i. Penjimatan kos sebanyak 10%-90% (RM18-RM50 berbanding sebelum inovasi RM20-RM500).
 ii. Penjimatan masa melebihi 75% (15-30 minit berbanding sebelum inovasi 60-480 minit).
iii. Penjimatan sumber manusia melebihi 50% (1-3 orang berbanding 2-4 orang sebelum inovasi).
 iv. Peningkatan kualiti struktur yang lebih murah, ringan dan mudah alih.

          
21.      

 

   
Tajuk Projek  Zero Waste Dutch Bucket System
PTJ  Fakulti Pertanian
Nama Kumpulan  Agri Khalifah

Sinopsis Projek

 

 

Zero Waste Dutch Bucket System adalah gabungan 2 sistem iaitu akuaponik dan hidroponik. Melalui sistem ini, sisa buangan dari sistem ternakan ikan (akuaponik) digunakan semula sebagai sumber nutrien kepada tanaman melalui kaedah hidroponik. Sistem yang menggunakan bucket @ baldi sebagai pot tanaman ini amat sesuai bagi sayuran jenis berbuah dibandingkan dengan penggunaan pot kecil yang hanya tertumpu kepada tanaman berdaun sahaja.

Zero Waste Dutch Bucket System ini mengintegrasikan elemen inovasi dimana air lebihan dari sisa buangan ikan yang terhasil dari sistem akuaponik akan di salurkan secara terus ke tangki simpanan yang dirawat,
seterusnya boleh digunakan semula sebagai sumber nutrien.

Dari tangki simpanan tersebut, air akan disalurkan terus ke sistem hidroponik. Air dari sisa buangan ikan yang diguna pakai semula dapat menjimatkan dan mengelakkan pembaziran air.

Kaedah ini sesuai diguna pakai dalam kalangan komuniti dengan amalan penghasilan tanaman tanpa berlakunya pembaziran (air buangan ikan) dan penggunaan bucket @ baldi dari bahan terpakai (DIY) untuk dijadikan pot
tanaman.

Impak

Pelaksanaan          

 i. Merupakan sumber bekalan makanan berkhasiat kepada seisi keluarga dan masyarakat setempat dalam usaha menyokong agenda negara iaitu Food
Securtity di mana semua penduduk di bandar atau luar bandar berhak mendapat akses kepada makanan yang berkhasiat.
 ii. Medium penjanaan pendapatan tambahan untuk meningkatkan ekonomi keluarga melalui penjualan buahan, sayur-sayuran dan ikan bagi penduduk
bandar dan luar bandar dengan penggunaan ruang yang sedia ada seperti di balkoni rumah, sekolah mahupun pejabat. Dalam masa yang sama juga
dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah sehingga 35% (sebulan) melibatkan pembelian barang basah.
 iii. Model Zero Waste Dutch Bucket ini menjadi sumber rujukan untuk pengajaran dan sesi praktikal bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam silibus sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
iv. Sebagai aktiviti tambahan kepada warga emas atau pesara dengan melakukan aktiviti bertani secara santai untuk tujuan kesihatan mental, fizikal dan psikologi.

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 25/04/2025 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/5:22:13:37~noCache