|
11 Ogos 2025, Kuala Lumpur –Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA Awards 2025) bagi mengiktiraf institusi dan individu yang cemerlang dalam kualiti akademik, inovasi dan tadbir urus, merangkumi semua sektor pendidikan tinggi termasuk universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej swasta dan institut latihan awam. Perasmian majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diadakan bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Pengerusi MQA, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran.
|
|
![]() |
|
|
Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan, Naib Canselor UPM menerima Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT): Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) kategori Universiti Berstatus Swaakreditasi yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. |
|
|
Dalam penganjuran kali pertama ini, sebanyak empat anugerah telah dipertandingkan iaitu: (1) Anugerah Utama Jaminan Kualiti MQA Awards, (2) Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT): Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) dengan lima kategori iaitu Universiti Berstatus Swaakreditasi; Universiti; Kolej Universiti; Kolej/Institut/Akademi Swasta; dan Politeknik/Kolej Komuniti/Institut Latihan Awam, (3) Anugerah Kecemerlangan PPT: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), dan (4) Anugerah Kecemerlangan PPT: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) masing-masing mempertandingkan kategori Universiti/Kolej Universiti dan kategori Kolej/Institut/Akademi/Politeknik/Kolej Komuniti. Pada majlis tersebut, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT): Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) kategori Universiti Berstatus Swaakreditasi. UPM juga turut tersenarai dalam kalangan Lima Universiti Terbaik untuk Anugerah Utama Jaminan Kualiti yang telah dimenangi oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Dengan kejayaan tersebut, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menerima piala dan sijil kecemerlangan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Turut hadir bersama beliau ke majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM iaitu Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib yang juga merupakan mantan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM.
|
|
![]() |
|
|
Piala dan sijil kecemerlangan yang diterima oleh UPM pada Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA Awards 2025) |
|
|
Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada warga UPM untuk terus beriltizam dan komited dalam menjadikan kecemerlangan kualiti yang holistik sebagai budaya dalam bekerja dan dalam kehidupan. |
|
|
|
|
|
Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib , Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM dan mantan Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM turut hadir meraikan kejayaan UPM bersama YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM |
|
| Berita ditulis oleh | : Aidawati Ramali |
Tarikh Input: 22/10/2025 | Kemaskini: 18/11/2025 | aidawati

(Pejabat Naib Canselor)
Tingkat 4, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor