Sesi Pembentangan Perancangan Tindakan Tahun 2024 Entiti Pejabat Naib Canselor | PUSAT JAMINAN KUALITI
» BERITA » Sesi Pembentangan Perancangan Tindakan Tahun 2024 Entiti Pejabat Naib Canselor

Sesi Pembentangan Perancangan Tindakan Tahun 2024 Entiti Pejabat Naib Canselor

 
 

 

 

24 Jun 2024, Serdang - Semua Ketua PTJ di bawah entiti Pejabat Naib Canselor membuat pembentangan Perancangan Tindakan PTJ Tahun 2024 Siri 1 yang melibatkan lima (5) entiti seperti Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP),  Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) dan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) pada 24 Jun 2024 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM.

Objektif sesi pembentangan ini adalah bagi memupuk semangat menyasarkan keberhasilan berdasarkan perancangan strategik dan taktikal yang digariskan di peringkat PTJ/UPM. Selain itu, sesi pembentangan untuk melihat tindakan peringkat strategik,taktikal dan operasi setiap PTJ secara jelas serta disalurkan (menerusi SKT) kepada semua staf di PTJ.

Prof. Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim selaku Pengarah CQA telah membentangkan Visi, Misi, fungsi dan tanggungjawab CQA, peranan CQA dalam agenda keterjaminan makanan serta matlamat CQA yang telah diselarikan dengan Pelan Strategik UPM 2021-2025 seperti berikut:

Strategi 1: Memperkukuh Sistem Jaminan Kualiti Akademik UPM;

Strategi 2: Menyokong Dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat;

Strategi 3: Memperkasa Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);

Strategi 4: Memperkasa Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS);

Strategi 5: Memperkasa Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi; dan

Strategi 6: Menjana Pendapatan Akaun Amanah

Sesi pembentangan tersebut turut dihadiri oleh ahli pengurusan dari Jaminan Kualiti Akademik dan Jaminan Kualiti Perkhidmatan. Manakala Siri 2 pembentangan diteruskan dengan Akademi Sukan, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Bahagian Audit Dalam dan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) yang diadakan pada 4 Julai 2024.

Tarikh Input: 13/07/2024 | Kemaskini: 15/07/2024 | aidawati

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT JAMINAN KUALITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1508
03-9769 1489
W.2025/7/6:23:08:06~noCache